Proses Pencaruman dan Pendaftaran Cukai HRDF

Apa itu cukai HRDF?

Cukai HRDF ialah cukai yang mesti dibayar oleh majikan dalam industri tertentu. Cukai ini dikutip oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (PSMB). Hasil daripada kutipan cukai ini adalah bertujuan untuk membantu melatih pekerja dan meningkatkan kemahiran mereka.

Kewajipan majikan perlu mencarum untuk pekerja bergantung kepada 2 perkara.

1. Sektor dan sub sektor perniagaan.

2. Bilangan pekerja yang ada.

Di bawah Akta PSMB 2001, majikan di bawah kategori tertentu bertanggungjawab untuk membayar levi (sejumlah wang atau bayaran) sebanyak 1% daripada gaji bulanan setiap pekerja dengan 30 % levi berkenaan disalurkan kepada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (KWPSM) sejak 2016.

Majikan yang berdaftar dengan HRD Corp bukan saja dapat menikmati pelbagai tawaran latihan sesuai dengan keperluan perniagaan dan industri mereka, malah mereka juga akan dapat memanfaatkan sumbangan serta dana khas dari Kerajaan.

Kelebihan untuk organisasi atau syarikat yang mencarum dengan HRDF adalah akan diberikan bantuan kewangan untuk latihan dan perkembangan pekerja. Boleh menghadiri dan layak menyertai kursus-kursus secara percuma.

Caruman ni melibatkan majikan, dimana perlu mencarumkan sebanyak 1% daripada gaji pekerja. Tiada penolakan dari bahagian pekerja. Ia bertujuan bagi membantu melatih pekerja-pekerja daripada syarikat kecil yang tidak mampu menyumbang kepada dana tersebut serta pekerja daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

Siapa yang layak mendaftar dengan HRDF (PSMB)?

Bermula 1 Mac 2021, akses ke HRDF diperluas ke semua industri. Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, sementara syarikat dengan 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.

Semua aktiviti syarikat harus dilindungi di bawah Akta PSMB 2001. Mana-mana majikan yang dikehendaki mendaftar tetapi belum mendaftar lagi dengan HRDF boleh dikenakan denda hingga RM10,000 dan atau menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun.

Proses pendaftaran majikan baru

1.Majikan perlu mengisi Borang 1 dan lampirkan semua dokumen sokongan (imbas dan lampirkan dokumen berserta borang). Borang 1 hendaklah diisi oleh syarikat yang mempunyai lebih daripada 10 pekerja Malaysia dan jenis perniagaan dilindungi di bawah Akta PSMB 2001.

2.Permohonan anda akan disemak oleh pegawai dalam masa 30 hari dan e-mel pengesahan akan dihantar kepada syarikat.

Melalui inisiatif ini membolehkan Kementerian menerajui misi untuk menambah jumlah majikan yang dilindungi di bawah Akta PSMB 2001 bagi meningkatkan tenaga kerja mahir yang fleksibel dan responsif terhadap keperluan perniagaan serta dapat mempertingkatkan ekonomi negara.

Leave the first comment