Dah dapat kerja? Tahniah kami ucapkan!

Tetapi, jangan seronok dahulu jika anda masih tidak tahu mengenai enam jenis cuti yang telah ditetapkan dibawah Akta Pekerja 1955. Untuk kali ini, kita akan berkongsi mengenai cuti sakit yang selalu menjadi topik hangat dikalangan pekerja.
“Eh, kenapa aku dapat cuti sakit 14 hari je?”
“Cuti sakit kau 20 hari? Mana aci!”
Diperuntukkan di bawah Seksyen 60F, cuti sakit bergaji pekerja itu bergantung kepada tempoh perkhidmatannya. Termaktub dalam Akta Pekerja 1955, setiap pekerja berhak mendapat cuti seperti berikut:
- Perkhidmatan kurang dua tahun: 14 hari
- Perkhidmatan lebih dua tahun tapi kurang dari lima tahun: 18 hari
- Perkhidmatan melebihi lima tahun: 22 hari
“Cuti sakit bergaji saya dah habis, boleh minta cuti sakit lagi ke sekiranya saya benar-benar memerlukan? Dan adakah saya akan dibayar?”
Boleh, tetapi atas budi bicara majikan anda. Ini kerana, termaktub di bawah akta hanyalah 14 sehingga 22 hari untuk cuti sakit bergaji bergantung kepada tempoh perkhidmatan anda. Tetapi, jangan risau sekiranya anda masih memerlukan cuti sakit yang lama untuk pulih dari sakit, berbincanglah dengan majikan sebaik mungkin.
Dalam Tempoh Percubaan, Boleh Dapat Cuti Sakit Bergaji?

Ya, anda masih layak mendapat cuti sakit bergaji walaupun anda masih dalam tempoh percubaan seperti yang termaktub dalam akta.
Awas, jika majikan anda tidak memberi cuti sakit, majikan anda boleh didakwa dan dikenakan penalti di bawah Seksyen 100 (5) Akta Kerja 1955.
Sekiranya anda sebagai majikan masih lagi keliru dengan penetapan cuti sakit bergaji ini, lawati kami di Starz Excellence yang menawarkan perkhidmatan yang telus untuk organisasi anda.
Jom segera hubungi Starz Excellence!