Akaun bank syarikat adalah bahagian penting dalam pengurusan kewangan anda. Anda boleh membuka akaun bank baharu untuk meletakkan lebihan dana anda. Ini membolehkan anda untuk mengakses sewaktu kecemasan atau kekurangan kewangan.
Bank boleh mengenakan sekatan ke atas mana-mana pelanggan atau akaun bank yang disyaki terlibat dalam penyalahgunaan akaun mahupun aktiviti jenayah.
Transaksi sesebuah akaun menimbulkan kecurigaan, pihak bank boleh mengenakan sekatan sementara ke atas akaun tersebut bagi membolehkan penilaian secara menyeluruh dapat dilaksanakan di samping memastikan wang daripada aktiviti penipuan ataupun aktiviti-aktiviti jenayah lain tidak dikeluarkan daripada akaun tersebut.
Tempoh pembekuan akaun bank bergantung pada keadaan dalam masa 7 hingga 10 hari waktu bekerja manakala senario yang lebih kompleks boleh mengambil masa 30 hari atau lebih lama lagi.
Mempunyai akaun bank yang aktif adalah penting untuk perniagaan anda. Jika bank anda membekukan akaun anda, ia boleh menjejaskan operasi perniagaan dan aliran tunai anda dengan serius.
Anda buntu dengan prestasi kewangan syarikat? Usah risau, Starz Excellence sedia membantu dengan menawarkan pakej perakaunan yang efektif dan menjimatkan poket akaun syarikat anda. Kami juga menyediakan seminar berkaitan pengurusan kewangan dan ianya pasti bermanfaat buat anda.