Akaun Bank Syarikat Tidak Seimbang? Faktor Dan Solusi.

Perbezaan antara baki bank seperti yang ditunjukkan pada penyata bank dan baki buku seperti yang direkodkan dalam rekod syarikat atau individu sendiri sering kali timbul disebabkan oleh perbezaan masa atau kesilapan. Penyesuaian antara kedua-dua baki biasanya dilakukan menggunakan proses yang dipanggil penyesuaian bank.

1. Menunjukkan transaksi penipuan dan kecurian.

2. Menunjukkan caj yang tidak dijangka yang tidak diluluskan.

3. Pertambahan pada caj bank dan penalti pada daftar cek jika ada.

4. Mengesan ralat.

Kebiasaannya syarikat akan mengenalpasti faktor yang menjadi penyebab akaun bank syarikat tidak seimbang. Berikut ialah beberapa faktor yang biasa terjadi antaranya ialah:

1. Cek Tertunggak: Cek yang ditulis oleh syarikat atau individu yang belum dijelaskan untuk pembayaran oleh bank akan mengurangkan baki buku tetapi bukan baki bank sehingga mereka menjelaskan keadaan tersebut.

2. Deposit dalam Transit: Deposit yang dibuat tetapi belum dikreditkan oleh bank akan meningkatkan baki buku tetapi bukan baki bank sehingga ia diproses oleh bank.

3. Caj Perkhidmatan Bank: Yuran yang dikenakan oleh bank (contoh yuran penyelenggaraan akaun, caj transaksi) mungkin ditolak oleh bank tetapi belum diambil kira di dalam buku.

Faktor Akaun Bank Syarikat Tidak Seimbang

Kunci kira-kira juga merupakan laporan kewangan yang terakhir selepas lejer dan penyata untung rugi. Seimbang bermakna, ianya mesti mengikut formula akaun iaitu:

  • ASET=LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Tapi mengapa ianya tidak seimbang? Kerap kali berlaku apabila kita merekod akaun secara manual dan mungkin juga melalui sistem. Realitinya adalah penyesuaian bank mungkin melibatkan lebih banyak perkara dan pelarasan yang lebih kompleks. Proses ini penting untuk memastikan rekod kewangan adalah tepat dan tiada penipuan, pengawasan atau ralat besar dalam urus niaga syarikat.

Sebaik sahaja anda membetulkan punca perbezaan yang terdapat pada penyata penyesuaian bank, anda pasti mampu untuk mengendalikan isu lain juga. Mari kita semak antara faktor yang menjadikan akaun bank syarikat tidak seimbang seperti di bawah:

1.Opening balance tahun sebelum atau tahun lepas yang salah atau tidak diambil kira.

Kunci kira-kira adalah nilai yang kekal diambil dari mula syarikat beroperasi. Angka-angka ini perlu dibawa ke tahun hadapan pada setiap tahun.

2.Tidak merekodkan untung semasa ke dalam penyata imbangan “balance sheet”.

Untung semasa perlu dimasukkan ke dalam jumlah untung semasa dari Penyata Untung Rugi tahunan di bawah column Pendapatan Terkumpul.

3.Double entry yang salah seperti tidak balance ataupun salah code akaun.

Amaun debit dan kredit mesti sama. Akaun yang terlibat mestilah mengikut formula di atas. Jika amaun debit RM500 tetapi di kreditkan dengan nilai RM400, disitu akan wujud akaun yang tidak seimbang.

4.Pelarasan tahun lepas yang tidak dibetulkan dengan cara yang tepat.

Kesilapan merekod tahun lepas yang di ubah pada tahun ini, perlu dilakukan pada tahun semasa. Anda tidak boleh mengubah akaun tahun lepas pada tahun ianya berlaku kerana baki-baki kunci kira-kira yang berubah dan ianya adalah penyebab kepada akaun tidak seimbang.

5.Rekod yang telah dipadam secara sengaja ataupun tidak sengaja.

Rekod bank terutamanya jika dipadam setelah di lakukan pada penyata penyesuaian bank akan mengubah baki bank di dalam rekod anda. Maka ianya sudah tentu tidak akan padan dengan baki bank yang sebenar.

Terkejut Melihat Akaun Bank Ada Jutaan Ringgit Secara Tiba-Tiba

Baru-baru ini, seorang pengguna bank di Malaysia terkejut apabila mendapati akaun banknya tiba-tiba menunjukkan baki simpanan melebihi RM400 juta.

Berdasarkan satu tangkap layar yang menjadi tular, baki yang dinyatakan dalam akaun banknya adalah berjumlah RM404,040,404. 40.

Keadaan seperti ini jarang sekali berlaku dan salah satu sebabnya adalah berlaku “glitch” kesilapan oleh pihak bank. Namun setelah pemilik akaun bank membuat aduan dan pihak bank berkenaan dalam satu kenyataan memaklumkan masalah berkenaan sudah pun berjaya diselesaikan.

Bijak Dalam Mengatur Kewangan Syarikat

Pemilik perniagaan haruslah memahami cara menjejak dan mengurus semua data yang menyumbang kepada kestabilan kewangan perniagaan anda. Ini bermakna baki bank syarikat merupakan salah satu faktor penting dalam menilai kesihatan kewangan perniagaan anda.

Sebaliknya, perniagaan mesti menggunakan ukuran kewangan dan kaedah perakaunan tambahan untuk memastikan baki bank mereka sejajar dengan keuntungan sebenar mereka. Dengan memantau kewangan anda dengan teliti, anda boleh memastikan kejayaan dan kemajuan dalam syarikat anda secara berterusan.

Anda buntu dengan prestasi kewangan syarikat? Usah risau, Starz Excellence sedia membantu dengan menawarkan pakej perakaunan yang efektif dan menjimatkan poket akaun syarikat anda. Kami juga menyediakan seminar berkaitan pengurusan kewangan dan ianya pasti bermanfaat buat anda.

Leave the first comment