Bos adalah orang yang bertanggungjawab terhadap orang lain di dalam sesebuah organisasi. Bos juga mungkin mengawasi hanya seorang, dua orang, atau lebih orang pekerja dalam jabatan. Mereka juga bertanggungjawab ke atas satu syarikat atau lebih daripada satu syarikat.
Bos biasanya merupakan orang terakhir untuk membuat sesuatu keputusan dalam sesebuah jabatan dan memainkan peranan penting dalam kejayaan keseluruhan organisasi. Atas sebab-sebab ini, adalah penting bahawa bos bersedia untuk apa sahaja cabaran di hadapan dalam kerjaya mereka.

Membuat keputusan penting yang memberi kesan kepada semua orang dalam jabatan tertentu bukanlah tugas yang boleh dipandang ringan. Sebagai seorang bos atau pemimpin, ini adalah antara kemahiran utama yang perlu anda ada:
- Penyelesaian masalah: Bos harus mempunyai teknik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Ini termasuk keupayaan untuk bukan sahaja mencari penyelesaian kepada masalah, tetapi juga cakna tentang faktor terjadinya sesuatu masalah di dalam organisasi.
- Pengurusan masa: Bos bertanggungjawab untuk menguruskan masa mereka sendiri dan menetapkan masa bekerja yang teratur untuk pekerjanya. Bos yang mempunyai kemahiran pengurusan masa yang berkesan biasanya dapat mengekalkan tahap pengeluaran yang baik dan semangat yang tinggi.
- Empati: Walaupun ia mungkin tidak kelihatan seperti cara pengurusan yang paling intuitif untuk dikembangkan, tapi empati selalunya terbukti penting bagi bos yang bekerja dengan pekerja. Ia menunjukkan kecerdasan emosi yang tinggi dan keupayaan untuk memenuhi keperluan orang lain.
- Membuat keputusan: Berkait rapat dengan penyelesaian masalah dalam pengurusan, kemahiran membuat keputusan yang baik menghasilkan bos yang baik. Bos terbaik juga boleh membuat keputusan yang cepat, berkesan dan melaksanakannya sama ada secara langsung atau dengan mewakilkan kepada tenaga kerja yang dipercayai.

5 Jenis Bos, Anda Yang Mana Satu?
Terdapat pelbagai jenis bos yang mungkin anda pernah hadapi di tempat kerja. Setiap daripada jenis bos ini adalah unik dalam gaya kepimpinan dan pendekatan mereka terhadap pengurusan cara kerja.
Sesetengah bos mungkin lebih berkesan dalam memimpin dan memotivasikan pekerja mereka daripada yang lain. Memahami gaya penyeliaan ini boleh membantu anda menjadi pemimpin yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada pasukan, jabatan dan syarikat anda.

Idea yang baik untuk mencipta asas yang kukuh bagi seorang bos mahupun pemimpin dan dihormati oleh pekerja anda sambil memastikan mereka gembira, bermotivasi dan komited semasa bekerja. Seorang pemimpin yang hebat boleh membantu menjadikan pekerja di bawah pengurusannya berjaya dengan mendapat dorongan yang betul.
Berikut ialah 5 jenis cara kerja yang boleh ditunjukkan oleh bos:
1. Bos yang mengambil bahagian dalam setiap aspek
Bos jenis ini berusaha untuk melakukan apa sahaja untuk syarikat. Sama ada projek yang perlu disiapkan atau ada tarikh akhir yang perlu dicapai, mereka akan bekerja sepanjang malam dan mungkin bekerja pada hujung minggu untuk memastikan tugasan selesai.
Bos ini adalah pendorong yang hebat, kerana mereka lebih bersedia untuk terlibat secara langsung dalam kerja. Kejayaan syarikat adalah keutamaan mereka.

2. Bos yang lantang bersuara
Bos jenis ini cenderung paling tidak disukai oleh pekerja. Walaupun mereka boleh berterus-terang, mereka percaya bahawa mereka hanya mementingkan kepentingan yang terbaik buat syarikat.
Bos yang sebegini kadangkala boleh membuat kerja terasa mencabar, kerana mereka cenderung mengharapkan pekerja mereka melakukan seperti yang diarahkan dan mungkin meninggikan suara mereka untuk menyampaikan pendapat.
Walau bagaimanapun, mereka mungkin tidak menyedari bahawa mereka boleh membantu meningkatkan produktiviti dan semangat pekerja dengan perwatakan yang lebih mesra.

3. Bos yang berpengalaman
Bos jenis ini telah lama bekerja untuk syarikat yang sama. Walaupun pemimpin jenis ini mungkin tahan terhadap perubahan dan kaedah baharu, mereka telah memperoleh pengetahuan yang luas selama ini yang boleh memberi manfaat kepada syarikat. Di samping itu, walaupun mereka mungkin tidak menyukai perubahan yang drastik tetapi tidaklah bermakna mereka menolak sepenuhnya kepada idea-idea yang lebih baharu.

4. Bos yang berani
Bos jenis ini mempunyai personaliti yang kuat, berasa sangat mengagumi diri sendiri dan seronok berada dalam kedudukan pengurusan. Mereka cenderung mempunyai harapan yang tinggi untuk pekerja mereka dan mungkin bertanggungjawab atas pencapaian mereka tanpa perlu berkongsi beban kerja.
Bos jenis ini mungkin mencabar untuk bekerja dan berkomunikasi dengan mereka. Walau bagaimanapun, jika pekerja mematuhi peraturan dan melakukan setiap kerja mengikut cara yang ditetapkan, maka pengurusan syarikat akan berjalan lancar.

5. Bos yang berkawan baik dengan semua pekerja
Bos jenis ini kurang berminat untuk menjadi orang atasan kepada pekerja mereka dan lebih berminat untuk menjadi kawan baik mereka. Mereka sentiasa mahu disukai oleh pekerja mereka, dan mereka sering bertindak sebagai penyokong yang baik terhadap barisan tenaga pekerja.
Bos ini memberi inspirasi dan motivasi kepada pekerja mereka dengan melayan mereka sama rata dan bukannya sebagai pekerja bawahan yang boleh meningkatkan semangat dan meningkatkan produktiviti. Pekerja yang menyukai cara kerja dan layanan baik daripada bos mereka cenderung lebih gembira pergi bekerja dan produktif terhadap syarikat mereka bekerja.

Anda Bossy Bos?
Anda tahu apa yang sinonim dengan bossy?
- Keterlaluan dalam bertindak tanpa memikirkan kesan buruk.
- Menolak pendapat orang, dia sahaja yang betul.
- Bertindak kasar dan suka menganiaya orang.
- Suka menindas.
Jika kriteria di atas ada pada diri anda, nampaknya anda mungkin seorang bossy bos! Apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi seorang bos yang baik? Menjadi bos yang tidak membosankan akan menjadikan pengalaman kerja yang lebih baik untuk bukan sahaja terhadap pekerja anda, tetapi untuk diri anda juga.

Apa Yang Menjadikan Seseorang Itu Bos Yang Baik?
Bos yang baik mempunyai kebolehan untuk mengarah, memotivasi dan membimbing pekerja mereka. Mereka harus boleh dipercayai dan jujur supaya pekerja berasa selesa untuk menghubungi mereka apabila mereka memerlukan bantuan atau mempunyai soalan. Seorang bos yang baik juga harus bersedia memberi maklum balas dan menerimanya.
Apakah Yang Boleh Dilakukan Oleh Bos Untuk Meningkatkan Kesetiaan Pekerja?
Terdapat banyak cara seorang bos boleh meningkatkan kesetiaan pekerja mereka kepada syarikat. Contohnya, mereka boleh memperkasakan pasukan dengan memberi mereka lebih peluang serta ruang dan membenarkan mereka membuat keputusan sendiri.
Cara lain untuk meningkatkan kesetiaan termasuk menawarkan pekerja gaji yang kompetitif dan adil, meningkatkan budaya syarikat dan mengelakkan pengurusan yang berat sebelah.
