Ambil Tahu 5 Perkara Ini Jika Anda Seorang Pemilik Syarikat

Masih ingat artikel sebelum ini berkaitan dengan ciri-ciri founder yang berjaya? Ha, kali ini kami sediakan untuk anda lima perkara yang perlu anda ambil tahu sekiranya anda mempunyai syarikat. Tidak kiralah syarikat milikan tunggal mahupun perkongsian.

Ciri paling utama kami senaraikan pada artikel yang lepas adalah mempunyai hala tuju perniagaan. Semestinya anda wajib mempunyai hala tuju untuk perniagaan anda bagi mengelakkan berlakunya kerugian tanpa anda sedari. Tanpa hala tuju, anda akan terkontang-kanting dan bila dah terkontang-kanting, alamatnya gulung tikarlah akhirnya! Aduhai!

Hm, sebenarnya apa yang perlu seorang pemilik syarikat tahu, ya?

Anda tidak perlu lagi risau kerana artikel ini adalah untuk anda!

Pesaing atau Musuh?

Di dalam dunia bisnes, elakkan mencipta musuh tetapi binalah networking yang baik dengan pesaing perniagaan anda. Tidak salah untuk saling berkongsi pengetahuan tetapi awas, jangan sampai berkongsi secara mendalam tentang syarikat anda pula!

Apa itu pesaing?

Jika anda merasakan idea perniagaan anda adalah berbeza dengan yang lain, anda perlu ingat bahawa terdapat juga perniagaan yang sama aliran bisnesnya dengan perniagaan anda. Misalnya, jika anda membuka sebuah kafe, pesaing anda berkemungkinan mereka yang juga mempunyai kafe dan bakeri serta peniaga-peniaga kecil yang menjual pasteri dan kek.

Persaingan yang sihat mampu mewujudkan hubungan yang baik sesama pemilik perniagaan. Dengan adanya pesaing anda akan lebih berfikiran kreatif dan inovatif untuk lebih menonjol di antara mereka.

Jadi, jangan takut sekiranya anda mempunyai pesaing!

Uruskan Kewangan Dengan Bijak

Perkara kedua ini amat penting untuk sebuah perniagaan. Tanpa pengurusan kewangan yang baik, perniagaan anda akan terjejas!

Nasihat kami dari Starz Excellence adalah elakkan menggunakan duit modal walaupun anda terdesak. Pengambilan duit modal akan menjejaskan perniagaan dan menyebabkan kerugian. Apabila tiada modal untuk rolling, bagaimana perniagaan hendak diteruskan?

Seterusnya, pastikan anda rekod aliran tunai, kredit dan debit perniagaan anda. Dengan adanya penyata kewangan seperti kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata untung tertahan serta penyata aliran tunai urusan akaun kewangan anda lebih berstruktur. Bukan itu sahaja, sekiranya syarikat anda diaudit, lebih mudah untuk anda menyerahkan segala rekod kewangan anda sebagai bukti.

Jangan ambil remeh perkara ini dalam perniagaan anda, ya!

Fahami Pelanggan Anda

Tanpa pelanggan, produk atau servis anda mungkin tidak akan mendapat keuntungan. Oleh sebab itu, anda perlu memahami kehendak atau demand pelanggan sebelum mengeluarkan suatu produk atau servis. Perniagaan tidak akan wujud sekiranya tiada masalah yang dihadapi oleh pelanggan kerana sesuatu perniagaan wujud sebagai solusi kepada masalah-masalah pelanggan.

Sebagai seorang pemilik syarikat, anda perlu sentiasa meletakkan masalah pelanggan di tangga teratas dan memikirkan apa yang boleh anda lakukan untuk membantu mereka mengatasi masalah tersebut semaksima yang mungkin.

Tanpa pelanggan, perniagaan anda tidak mungkin peroleh keuntungan dan tanpa pelanggan, perniagaan anda tidak mungkin akan maju ke hadapan.

Cakna Risiko Perniagaan Anda

Mengenali dan memahami risiko dan cabaran perniagaan anda mampu mewujudkan solusi terpantas. Sekiranya masalah timbul, kenali puncanya terlebih dahulu sebelum memberi solusi. Dengan memahami masalah dengan mendalam, lebih mudah untuk anda mencapai solusinya!

Anda perlu ingat bahawa cara anda menangani risiko tersebut memberi kesan kepada perniagaan anda. Solusi yang bijak memberi kesan positif untuk perniagaan anda berjaya ke hadapan.

Rujuk Konsultan Perniagaan

Ilmu tanpa guru ibarat syaitan adalah gurunya. Demikian mengapa guru begitu penting dalam mencari ilmu, tidak mampu dipisahkan kedua-duanya. Oleh sebab itu, jika anda masih baru berjinak dengan bidang perniagaan, anda perlu mendapatkan rujukan dan bantuan daripada konsultan perniagaan.

Bukan itu sahaja, jika anda sudah lama memiliki perniagaan, konsultan perniagaan mampu membantu anda dalam menangani kerugian syarikat dan masalah yang anda hadapi sepanjang memiliki syarikat.

Ilmu-ilmu perniagaan perlu dipelajari sepanjang masa tidak kira berapa banyak pengalaman yang anda ada dan berapa tinggi kelulusan yang anda perolehi. Oleh sebab itu, konsultan perniagaan bukan untuk mereka yang baru berjinak dengan bidang ini sahaja.

Bagi anda yang perlukan bantuan dalam menguruskan perniagaan, perkhidmatan yang disediakan oleh Starz Excellence sangat diyakini ramai. Maklum balas daripada pelanggan yang menggunakan khidmat ini boleh dirujuk di portal kami.

Starz Excellence juga menawarkan perkhidmatan seperti:

  • seminar dan bengkel perniagaan dan kewangan;
  • sesi konsultansi individu; dan
  • servis kewangan 

Jom segera hubungi kami di Starz Excellence!

Leave the first comment