Apa Itu Hutang Lapuk dan Penyebab Kewujudannya?

Pok amai-amai belalang kupu-kupu
Bayar duit aku yang semua kau sapu
Kambing biri-biri ala sudah datang dari Jawa
Mana kau nak lari bawa duit tu ke mana

Hutang, Floor 88

Mesti anda biasa dengar lagu ini dicorong radio, kan? Artikel kali ini akan mengupas satu tajuk yang berkaitan dengan lagu ini. Tajuk ini agak popular dalam kalangan masyarakat sekarang. Boleh teka, tak?Petunjuknya mudah sahaja.

Dah tahu pinjam, tetapi liat nak pulangkan- mestilah hutang!

Tetapi, hutang yang kita nak bincangkan ini berbeza dari hutang biasa. Ha, nak tahu apa? Skrol artikel ini sampai habis!

Definisi Hutang Lapuk

Kalau hutang biasa membawa kerugian kepada individu, hutang lapuk dalam satu organisasi pula membawa kerugian kepada suatu perniagaan.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, hutang membawa maksud wang atau lain-lain yang dipinjam oleh orang lain yang bayarannya ditangguhkan. Manakala, hutang lapuk pula merujuk kepada hutang yang semestinya tidak akan dapat dikutip kerana seseorang itu diisytiharkan muflis, meninggal dunia atau tidak dapat dikesan. Mesti selalu dengarkan orang yang ‘ghaib’ secara tiba-tiba dan mulalah mereka cerita diculik dan sebagainya. Kesudahannya, lari dari hutang sendiri (geleng kepala).

Anda masih ingat insiden yang baru terjadi pada 3 Oktober tahun ini? Insiden tersebut mula ‘viral’ di pelosok media sosial apabila seorang wanita memuat naik video seorang lelaki yang dikatakan sebagai tunangnya membuat panggilan video meminta pertolongan sebelum hilang selama empat hari. Menurut wanita tersebut, semasa insiden kejadian, tunangnya membuat urusan penjualan telefon bimbit di GM Klang. Alih-alih, lelaki tersebut sebenarnya melarikan diri dari pemungut hutang. Alahai!

Hutang Lapuk VS Hutang Lapuk Terpulih

Ada tiga perkara yang amat penting untuk diambil kira semasa akhir tempoh perakaunan sesebuah syarikat adalah hutang lapuk, hutang lapuk terpulih dan juga peruntukan hutang ragu.

Mesti anda tertanya-tanya, apa pula hutang lapuk terpulih ini?

Hutang lapuk terpulih adalah hutang yang terhapus rekodnya dan diambil kira sebagai hutang lapuk tetapi dapat dibayar penuh selepas beberapa tempoh. Situasi ini boleh dilihat jika seorang penghutang yang kita namakan sebagai Azwan (hanya nama samaran) yang diisytiharkan muflis tidak dapat membayar hutangnya sebanyak RM800.00 dan hutang tersebut dihapuskan sebagai hutang lapuk.

Namun, selepas 3 tahun, Azwan tiba-tiba muncul dan berjaya membayar balik penuh hutangnya dan bayaran tersebut akan direkodkan sebagai hasil perniagaan dalam Akaun Untung Rugi kerana ianya merupakan keuntungan bagi sebuah syarikat.

Kaitan Hutang Lapuk Dengan Peruntukan Hutang Ragu

Tetapi, bagaimana pula dengan peruntukan hutang ragu? Apa sebenarnya maksud sebenar peruntukan hutang ragu (PHR) ini?

Peruntukan hutang ragu merujuk kepada satu anggaran jumlah hutang yang tidak dapat dikutip iaitu hutang lapuk daripada penghutang. Kalau diambil dari contoh kita tadi, kita boleh katakan hutang lapuk tersebut adalah hutang lapuk daripada Azwan yang tidak memberi keuntungan langsung, malahan membawa kerugian kepada sebuah perniagaan. Anggaran peruntukan hutang ragu ini berada pada akhir tempoh perakaunan.

Semakin tinggi hutang lapuk, semakin tinggi peratus peruntukan hutang ragu ini.

Cara Merekod Hutang Lapuk, Hutang Lapuk Terpulih serta Cara Kiraan Anggaran PHR

Memandangkan hutang lapuk merupakan kerugian untuk suatu perniagaan, maka akaun hutang lapuk akan berpindah ke bahagian debit Akaun Untung Rugi (AUR). Rujuk gambar di bawah untuk merekod hutang lapuk ini berdasarkan contoh situasi Azwan tadi.

Manakala, untuk merekod hutang lapuk terpulih, anda boleh rujuk gambar tertera di bawah ini untuk gambaran lebih jelas.

Untuk pengiraan Peruntukan Hutang Ragu pula adalah dengan menggunakan formula ini:

Peruntukan Hutang Ragu = peratus yang ditetapkan (penghutang – hutang lapuk) = % penghutang bersih

Tetapi, anda perlu ingat ya kadar PHR adalah berbeza mengikut keperluan perniagaan. Jadi, anda perlu lihat dengan teliti sebelum membuat pengiraan peruntukan hutang ragu ini.

Tips Mengurus Hutang Dengan Bijak

Kita semua semestinya ingin mengelakkan kejadian seperti Azwan tadi berlaku dalam kehidupan. Kalau ditanya, siapa saja yang mahu wujudkan hutang lapuk dengan sengaja. Sudah satu hal pula dikejar, tambah pula rasa bersalah seumur hidup. Perlu diingatkan juga, sekiranya anda seorang Muslim, hutang perlu dibayar walau apa keadaannya sekali pun kerana hutang yang tidak dibayar akan dihisab dan menyebabkan kebinasaan sekalipun anda ditakdirkan mati syahid. Sampai begitu sekali hutang dititikberatkan.

Jadi, jom ikuti 3 tips ringkas dari kami untuk uruskan hutang secara bijak:

  • Berhubung dengan pemberi pinjaman atau bank untuk berunding sekiranya anda berhadapan masalah untuk menyelesaikan hutang tersebut.
  • Dapatkan bantuan dan bimbingan daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dibawah kelola Bank Negara Malaysia.
  • Membuat perbandingan pinjaman bank yang mampu membantu anda mendapatkan kadar faedah yang terbaik.

Lebih Mudah dengan Starz Excellence!

Pastinya akan wujud kecelaruan untuk membuat kiraan dan juga untuk merekod hutang lapuk ini. Jadi, sebab itulah wujudnya kami, Starz Excellence pakar dalam menguruskan masalah kewangan anda.

Dari kiraan, rekod sehinggalah akhir tempoh perakaunan, serahkan semua pada kami di Starz Excellence.

Orang yang bijak adalah orang yang cepat bertindak. Jom segera dapatkan khidmat kami!

Leave the first comment