Apa Itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?

Cukai pendapatan bukan sekadar satu kewajipan, tetapi juga merupakan satu bentuk sumbangan kita kepada kemajuan negara dan kesejahteraan bersama. Jika anda tinggal dan bekerja di Malaysia, anda mungkin akan membayar PCB, yang juga dikenali sebagai potongan cukai bulanan (MTD) anda. Kami bawakan panduan ringkas ini merangkumi semua yang anda perlu tahu tentang PCB.

Apakah PCB?

PCB ialah Potongan Cukai Bulanan di Malaysia. Sama seperti kebanyakkan negara lain, PCB ditolak terus pada sumber. Ini bermakna majikan akan menahan cukai yang diperlukan setiap bulan secara automatik dan menyerahkannya kepada pihak LHDN

Cara Kira PCB

Berita baiknya ialah anda tidak perlu membuat pengiraan sendiri, kerana majikan akan mengendalikan ini untuk anda. Bagi yang ingin memahami pengiraan, ia melibatkan tiga langkah utama.

  1. Kira pendapatan bercukai bulanan: Masukkan jumlah pendapatan bulanan, termasuk gaji pokok dan elaun tetap.
  2. Tolak caruman KWSP: Tolak caruman KWSP daripada jumlah pendapatan bulanan, dengan had maksimum RM4,000 setahun.
  3. Gunakan kadar cukai yang sesuai: Tentukan kadar cukai berdasarkan pendapatan tahunan, dengan kadar progresif dari 0% hingga 30%.

Bagaimana untuk mengira PCB secara manual berdasarkan gaji saya

Di mana kalkulator PCB boleh dirujuk?

Ya, kalkulator PCB boleh di akses di laman web LHDN.

Bukan itu sahaja, mereka menyediakan jadual potongan PCB dan garis panduan tentang cara mengira PCB. Untuk pengiraan sebenar, individu mungkin perlu menggunakan kalkulator PCB dalam talian pihak ketiga atau mengiranya secara manual mengikut jadual dan garis panduan yang disediakan.

 kalkulator PCB

Kaedah Pembayaran PCB

Mulai 1 September 2019, LHDB tidak akan menerima maklumat PCB yang diserahkan secara manual dan majikan hanya boleh menggunakan e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39 yang kini boleh diakses melalui laman web rasmi LHDN.

LHDN telah menyediakan pelbagai medium pembayaran kepada majikan untuk membayar Potongan Cukai Bulanan (PCB). Majikan boleh membuat pembayaran PCB melalui kemudahan medium elektronik (online) sama ada melalui FPX, IBG atau melalui portal perbankan internet beberapa bank perdagangan yang telah dilantik sebagai ejen kutipan cukai oleh LHDN.

Kaedah Pembayaran PCB

Tarikh Akhir dan Penalti Kepada Majikan yang Enggan membayar PCB?

Majikan yang tidak mematuhi kewajipan membayar PCB pada atau sebelum 15hb bulan berikutnya, mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda dan/atau hukuman penjara. Denda minimum adalah RM 200, dengan kadar maksimum tidak melebihi RM 2,000 atau hukuman penjara selama 6 bulan, atau kedua-duanya.

Majikan yang tidak memotong atau menghantar PCB kepada LHDN boleh didakwa di mahkamah sivil, dan PCB yang tidak dipotong dianggap sebagai hutang kepada Kerajaan.

Penalti Kepada Majikan yang E

Urus PCB dengan Bijak bersama Starz Excellence

Jika anda sebagai majikan atau pengurusan syarikat masih keliru mengenai aspek cukai, sumber manusia, dan akauntansi, Starz Excellence adalah pilihan yang tepat untuk membantu anda menavigasi cabaran ini! Dengan bantuan kami, anda dapat mengoptimalkan operasi syarikat anda, menghindari denda yang mungkin timbul, dan mencapai kecekapan yang lebih baik dalam pengurusan kewangan syarikat.

Leave the first comment