Apa Itu Replacement Leave?

Kembali lagi kita dengan cuti untuk pekerja sama ada berdasarkan Akta Pekerja 1955 atau pun berdasarkan polisi syarikat. Kalau sebelum ini kami berkongsi mengenai bilangan cuti tahunan yang layak untuk pekerja dalam tempoh percubaan, kali ini kami akan berkongsi mengenai replacement leave untuk semua pekerja sama ada dalam tempoh percubaan atau pekerja tetap.

Replacement Leave Tu Sama ke dengan Emergency Leave?

Tidak, emergency leave atau cuti kecemasan hanya untuk tujuan kecemasan seperti terlibat di dalam kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Emergency leave ini tidak diperuntukkan di bawah akta, tetapi lebih kepada polisi syarikat. Jadi, sekiranya perlukan kepastian, sila rujuk dengan HR di syarikat anda, ya!

Replacement leave atau cuti gantian ini pula diberikan kepada pekerja yang diminta untuk bekerja semasa rest-day atau semasa cuti am (public holiday). Sama juga seperti emergency leave tadi, replacement leave ini atas budi bicara syarikat anda.

Situasi yang Membolehkan Replacement Leave

Baiklah, replacement leave atau cuti gantian ini akan diambil sekiranya anda berhadapan seperti situasi berikut:

  1. Tidak Dibayar Overtime (OT)

Dalam situasi ini, replacement leave boleh dimohon sekiranya polisi syarikat menetapkan anda tidak akan dibayar overtime (OT). Selalunya syarikat akan memberi cuti extra kepada pekerja yang tidak dibayar OT. Contohnya, kurang 4 jam anda bekerja, ½ hari cuti dan sekiranya bekerja lebih 4 jam anda layak mendapatkan satu hari cuti.

  1. Bekerja Semasa Cuti Umum atau Public Holiday

Sekiranya anda diminta bekerja semasa cuti umum, anda boleh memohon replacement leave atas budi bicara syarikat anda.

  1. Bekerja Semasa Rest-Day

Akan terjadi situasi di mana anda diminta bekerja semasa off day anda, jadi, berbincanglah dengan HR syarikat untuk anda memohon replacement leave tersebut.

  1. Off Day Anda adalah semasa Cuti Umum

Kerap berlaku situasi seperti ini terutama kepada syarikat yang mempunyai shift untuk pekerja. Sekiranya off day pekerja tersebut jatuh semasa cuti umum, mereka layak untuk replacement leave ini.

Starz Excellence Mudahkan Syarikat Anda

Sekarang mesti anda sudah tahu tentang replacement leave. Jadi, sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang melayakkan anda dengan replacement leave, bincang segera dengan HR syarikat. Jangan abaikan hak anda sebagai pekerja. Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai polisi syarikat dan cara pengurusan syarikat yang baik, segera hubungi kami atau lawati kami portal Starz Excellence!

Leave the first comment