Bagaimana KWSP dan PERKESO bantu pesara?

Caruman KWSP dan PERKESO dah buat tetapi anda masih tertanya-tanya apa manfaatnya untuk anda pada hari tua yang mendatang? Aha, kalau nak tahu, banyak manfaat yang PERKESO dan KWSP sediakan untuk semua pekerja selepas bersara nanti. Antara yang paling utama adalah anda tak perlu lagi takut sekiranya wang simpanan anda habis sebab caruman pada kedua-duanya adalah simpanan anda juga. Baru tahu, ya?

Masih ingat tak skim pengeluaran KWSP yang diperkenalkan oleh kerajaan pada musim Covid-19 yang lalu? Tujuan skim pengeluaran ini dilakukan untuk memudahkan semua pekerja tetapi janganlah tersalah keluarkan pula ya. Keluarkan sekiranya anda betul-betul terdesak dan memerlukan wang untuk kelangsungan hidup. Kalau tak ingat tentang skim ini, kami dah ringkaskan untuk anda di bawah:

  • i-Lestari: Pengeluaran minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan dari akaun 2 sehingga maksimum 12 bulan
  • i-Sinar: Pengeluaran KWSP dari akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat minima baki sebanyak RM100
  • i-Citra: Kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terjejas akibat PKP untuk kelangsungan hidup

Akaun EMAS KWSP

Pernah dengar tak Akaun Emas yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini? Akaun EMAS KWSP ini adalah inisiatif penambahan kepada skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang sedia ada demi mengelakkan isu simpanan yang tidak mencukupi atau kehilangan simpanan selepas persaraaan.

Kalau anda berumur 55 tahun ke atas dan masih lagi bekerja, caruman anda akan diletakkan di bawah dana pencen kedua ini. Untuk pengetahuan anda, pengeluaran penuh yang dibenarkan untuk akaun ini adalah semasa pencarum berumur 60 tahun.

Kalau anda nak tahu lagi, paling istimewa Akaun Emas ini adalah had dividen yang dinaikkan daripada umur 75 tahun ke 100 tahun demi membolehkan ahli untuk terus menyumbang kepada akaun simpanan mereka. Bukan itu sahaja, kenaikan had dividen ini juga memberi manfaat kepada hasil gabungan daripada dana yang berbaki dalam akaun simpanan mereka.

Jadi, tiada lagi isu simpanan kering selepas bersara. Boleh menikmati secawan kopi dengan gembira!

Skim Bencana Pekerjaan PERKESO

Bagi skim di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pula, terdapat satu skim  yang disediakan untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan masih bekerja iaitu Skim Bencana Pekerjaan. Untuk pengetahuan anda, caruman PERKESO adalah wajib bagi mereka yang bekerja swasta dengan pendapatan bawah RM3,000. Tetapi, ramai sahaja mereka yang berpendapatan melebihi RM3,000 masih mencarum di bawah PERKESO.

Kalau anda pekerja baru dan berumur 55 tahun, anda juga akan dicarum di bawah kategori ini. Paling best, skim ini hanya perlu dicarum oleh majikan anda sahaja iaitu sebanyak 25% dari gaji anda. Perlindungan yang anda akan dapat dibawah skim ini adalah:

  • Perlindungan kemalangan semasa menjalankan pekerjaan.
  • Kemalangan semasa anda dalam perjalanan ke tempat kerja atau di antara tempat kerja dan tempat makan semasa waktu rehat.
  • Kemalangan semasa kecemasan yang melibatkan pekerja secara tidak langsung semasa kecemasan berlaku.
  • Penyakit khidmat iaitu penyakit yang berpunca daripada pekerjaan yang dilakukan seperti yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Terjamin ke Masa Depan dengan PERKESO dan KWSP?

Semestinya terjamin walaupun tanpa pencen seperti pekerja kerajaan. Faedah-faedah yang ditawarkan di bawah skim PERKESO dan KWSP ini mampu memberikan jaminan hidup yang baik selepas persaraan.

Jadi, tiada lagi isu menanggung hutang selepas bersara. Hati tenang, hidup pun senang!

Nak tahu lebih lagi mengenai KWSP dan PERKESO ini? Jangan lupa ikuti kami di Starz Excellence. Kami bukan sahaja menyediakan maklumat mengenai caruman, kami juga mampu menjadi penasihat kewangan yang baik untuk syarikat anda sekiranya anda memasang impian untuk membuka perniagaan selepas bersara.

Hubungi kami sekarang, jom!

Leave the first comment