Bekerja Sendiri Boleh Carum PERKESO?

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang memilih untuk bekerja sendiri- malahan ada diantara mereka yang membuat kerja tambahan seperti menjadi peniaga atas talian dan menjadi penunggang perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan (p-hailing).

Kalau anda nak tahu, mereka yang bekerja sendiri ini juga dilindungi oleh PERKESO berdasarkan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017. Skim yang ditawarkan oleh PERKESO kepada mereka yang bekerja sendiri ini dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS). Skim ini telah diperkuat kuasa bermula 1 Jun 2017 yang mewajibkan sektor pengangkutan penumpang seperti e-hailing, pemandu teksi, dan pemandu bas untuk mula mencarum dengan skim ini.

Tetapi bermula 1 Januari 2020, skim ini diteruskan dan diperluaskan kepada 19 sektor pekerjaan sendiri yang lain seperti yang dinyatakan di dalam portal PERKESO. Kesemua sektor ini diwajibkan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) ini berdasarkan akta yang telah ditetapkan.

Covid-19 Punca SKSPS Diperketatkan

Kalau anda nak tahu, skim ini diperketatkan sejak wabak Covid-19 melanda negara kita berdasarkan peningkatan yang ketara untuk sektor pengangkutan barangan dan makanan yang seterusnya memberi impak besar kepada kemalangan jalan raya. Namun, masih ada yang enggan mencarum skim ini sama ada belum mengetahui tentang SKSPS atau masih memandang enteng dengan skim yang tersedia ini.

Berikutan itu, bermula 1 Oktober 2021, kerajaan Malaysia telah mewajibkan semua individu yang bekerja sendiri dalam sektor pengangkutan dan barangan ini mencarum SKSPS ini demi melindungi keselamatan diri dan sejagat.

Tujuan Utama SKSPS Diwujudkan

SKSPS diwujudkan demi memberi perlindungan kepada individu yang bekerja sendiri dari bencana pekerjaan termasuklah penyakit pekerjaan dan kemalangan yang dihadapi semasa menjalankan pekerjaan tersebut seperti yang tertera di dalam Jadual Kelima Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Skim ini memberi banyak manfaat dan faedah kepada pencarum yang bekerja sendiri seperti:

  • Faedah perubatan;
  • Faedah hilang keupayaan sementara;
  • Faedah hilang upaya kekal;
  • Faedah orang tanggungan;
  • Elaun layanan sentiasa;
  • Faedah pengurusan mayat;
  • Kemudahan pemulihan jasmani/vokasional dan;
  • Faedah pendidikan.

Anda juga boleh rujuk portal PERKESO untuk mengetahui lebih mendalam mengenai faedah dan manfaat yang pencarum akan perolehi di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri ini.

Terma dan Syarat untuk Mencarum SKSPS

Syarat yang ditetapkan oleh PERKESO untuk orang berinsurans bekerja sendiri (OBS) ini mencarum SKSPS ini adalah mudah sahaja. Mereka mestilah:

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap;
  • Tiada had umur;
  • Bekerja di Malaysia;
  • Bekerja separuh masa atau sepenuh masa; dan
  • Individu yang menjalankan pekerjaan sendiri untuk mencari nafkah.

Sekiranya OBS memenuhi syarat yang dinyatakan di atas, anda perlu menyediakan dokumen seperti yang tertera untuk mendaftar:

  • Salinan kad pengenalan pemohon;
  • Salinan kad PSV / profil e-hailing / permit / lesen / sijil atau surat pengesahan dari persatuan atau agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Seterusnya, mereka perlu melayari portal Matrix PERKESO untuk meneruskan proses pendaftaran berikutnya. Paling best skim ini boleh pilih pakej caruman yang telah disediakan. Pakej caruman ini adalah berdasarkan pendapatan bulanan orang bekerja sendiri tersebut.

Jom Starz Excellence Bantu!

Selepas selesai semua proses pendaftaran, jangan lupa untuk merekod setiap transaksi sebagai bukti untuk masa hadapan. Senang dirujuk sekiranya apa-apa terjadi walaupun untuk simpanan sendiri. Sekarang anda dah tahukan bahawa orang bekerja sendiri juga boleh mencarum PERKESO. Sekiranya anda merupakan individu tersebut dan memerlukan penjelasan lebih mendalam, anda boleh menghubungi pihak PERKESO atau kalau nak lebih mudah Starz Excellence juga boleh membimbing anda dalam pencaruman ini.

Hubungi Starz Excellence segera!

Leave the first comment