Bisnes Gulung Tikar? Faktor dan Solusi Untuk Pengusaha Perniagaan Masa Kini

Adakah bisnes anda menghadapi tekanan yang cukup besar hingga terfikir untuk give up? Jangan terburu-buru buat keputusan! Dalam landskap perniagaan yang sentiasa berubah, cabaran dan tekanan adalah lumrah. Setiap langkah dalam dunia perniagaan membawa cabaran dan ujian yang tidak diduga.

Bisnes Gulung Tikar

Anda akan diuji oleh berbagai rintangan yang memerlukan ketahanan, inovasi, dan penyelesaian yang bijak. Banyak dari kita yang terlibat dalam arena perniagaan pernah merasa kekecewaan dan kehilangan semangat ketika gagal sekali dalam percaturan perniagaan.

Mari kita melihat dengan lebih dekat faktor-faktor utama yang seringkali menyebabkan kekecewaan di kalangan pengusaha dan bagaimana Starz Excellence hadir dengan solusi praktikal dan inovatif. Bisnes bukan sahaja perjalanan, tetapi juga satu kisah yang memerlukan ketahanan dan kecekalan.

Sama-sama kita kaji realiti perniagaan, dan pelajari bagaimana Starz Excellence membantu mengubah pandangan “Bisnes Gulung Tikar?” kepada “Bisnes Bangkit Berjaya!”

Faktor-Faktor Kegagalan dalam Perniagaan

1. Semangat Permulaan yang Bersifat Sementara

Sebagian besar pengusaha bermula dengan semangat yang ‘hangat-hangat tahi ayam’. Modal telah dikeluarkan, cerita tentang diri sebagai founder dikongsi dengan satu kampung, namun bila hasil tidak seiring dengan usaha, lemah motivasi serta kehilangan semangat mula menguasai diri.

hangat hangat taik ayam

2.Ketidakmampuan Menerima Risiko

Ketakutan terhadap risiko menjadi dinding besar yang menghalang kemajuan. Rasa takut mengatasi keberanian, dan banyak pengusaha enggan mengambil langkah besar, merampas peluang untuk pertumbuhan yang pesat.

3.Pemikiran Cepat Kaya tanpa Ilmu yang Cukup

Di era bisnes cepat kaya, ramai terjerumus dalam pemikiran ini tanpa memahami bahawa kejayaan perniagaan memerlukan ilmu, ketekunan, dan kesabaran. Melihat kehidupan pengusaha-pengusaha yang hidup mewah membuat mereka menganggap perniagaan hanya semudah menjual barang tanpa perlukan ilmu.

4.Ketiadaan Perancangan yang Teliti

Tanpa rancangan perniagaan yang teliti, pengusaha terdedah kepada risiko kegagalan. Berjalan tanpa peta hanya akan membawa kepada kesesatan. Pentingnya perancangan yang teliti sebelum memulakan sesuatu tindakan.

Perancangan yang Teliti

Menyemarakkan Semula Semangat Bisnes

Sejak awal, semangat saya membara seperti api yang baru dinyalakan. Namun, semakin lama perniagaan berjalan, rupa-rupanya ianya tidak semudah yang saya sangka, semangat saya semakin lemah. Cabaran demi cabaran, terasa seperti semakin terperangkap dalam gelap. – Encik Hakimi Abdul, 2023

Terutamanya, risiko kehilangan segalanya dan muflis menghantui setiap keputusan yang perlu diambil. Saya buntu dan terfikir, “Adakah ini benar-benar jalan yang patut ditempuh?” – Haji Zulkhifli Jamal, 2023

Setelah hampir setengah jalan, saya tersedar ilmu dan pengalaman sebenar diperlukan. Tidak sekadar mimpi, tetapi keazaman dan pengetahuan juga diperlukan. Namun, tiada rancangan yang teliti. – Puan Mastiliah, 2023

Saya juga berasa sangat kesunyian dan keseorangan melalui semua liku-liku perniagaan ini tanpa ada sokongan dan tempat untuk dirujuk. Semakin lama, semakin saya menyedari bahawa bagaikan melompat ke dalam lautan tanpa mengetahui kedalaman air. – Cik NurAishah, 2023

 Faktor bisnes gulung tikar

Hampir kebanyakan peniaga mungkin berasa sangat dekat dengan situasi di atas. Percayalah, anda tidak lagi perlu merungut sendirian sekarang anda boleh mengambil nafas lega kerana telah berada di tempat yang betul! Starz Excellence tidak sekadar memberikan janji-janji kosong, tetapi berkomitmen untuk membimbing setiap pengusaha mencapai kejayaan dalam dunia perniagaan.

3 tawaran Perkhidmatan yang ditawarkan

1. Sertai Seminar dan Bengkel

Dengan menyertai seminar dan bengkel dari Starz Excellence, pengusaha bukan sahaja mendapat ilmu perniagaan yang berharga, tetapi juga mendapat dorongan semangat yang mendorong mereka untuk terus maju. Antara seminar dan bengkel yang ditawarkan adalah:

 Seminar dan Bengkel

2. Coaching dan Mentoring Personal

Starz Excellence memberikan penekanan pada bimbingan peribadi melalui sesi coaching dan mentoring satu-satu. Ini bukan hanya sesi latihan standar; setiap pengusaha mendapat panduan khusus untuk mengatasi cabaran yang unik bagi perniagaan mereka. Beberapa bentuk bimbingan termasuk:

  • Sesi Diperibadikan Coaching & Mentoring
  • Latihan Diperibadikan Coaching & Mentoring
  • Mentoring dan Online Coaching
  • Penyumberan Luar Process (Outsourcing) Perniagaan (Kewangan/Perakaunan)
  • Perancangan dan Belanjawan Perniagaan Kewangan Tahunan

3. Bantuan Perkhidmatan Kewangan

Pengurusan kewangan merupakan aspek penting dalam menjayakan perniagaan. Starz Excellence menyediakan perkhidmatan kewangan yang meliputi:

  • Perkhidmatan Penyumberan Luar Process (Outsourcing) Perniagaan (Kewangan/Perakaunan)
  • Book-Keeping
  • Perakaunan Kewangan
  • Semakan Kewangan
  • Pemprosesan Gaji
  • Sistem dan Latihan Perakaunan Dalam Talian
Bantuan Perkhidmatan Kewangan

Ke Arah Kejayaan

Seminar dan bengkel dari Starz Excellence adalah titik permulaan saya untuk mendapatkan ilmu yang lebih mendalam. Mereka bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi menyuntik semangat baru dalam diri saya.” – Tuan Ahmad Zamzudin, 2023

Bukan itu sahaja, bimbingan personal yang saya terima melalui coaching dan mentoring membuka mata saya kepada perspektif yang lebih luas. Saya kini memahami bahawa setiap cabaran adalah satu peluang untuk belajar dan tumbuh.” – Abang Zakwan (Bro Burger Pandan), 2023

Dan ketika beralih kepada perkhidmatan kewangan dari Starz Excellence, saya merasa diri saya dikelilingi oleh pasukan yang prihatin dan berpengalaman. Mereka membantu saya menyusun semula strategi kewangan, memberikan keyakinan bahawa perniagaan saya mampu bertahan dan berkembang”. – Puan Siti Afiqah, 2023

Kisah di atas hanyalah salah satu daripada beratus-ratus kisah perjalanan pengusaha yang hampir terjatuh, dan ada yang bahkan telah gulung tikar. Namun, dengan tekad untuk bangkit dan berubah, serta suntikan daripada Starz Excellence, mereka kini menjadi pengusaha yang menjadi produk kebanggaan Starz Excellence.

sebelum dan selepas jumpa Starz Excellence

Perniagaan bukan sekadar perjalanan, tetapi suatu kisah yang memerlukan kesabaran, keberanian, dan ilmu yang cukup. Starz Excellence bukan hanya sekadar penyedia perkhidmatan, tetapi rakan dalam perjalanan kejayaan perniagaan.

Sertailah kami dalam mengubah “Bisnes. Gulung Tikar?” menjadi “Bisnes. Bangkit Berjaya!”. Hubungi kami disini!

Leave the first comment