Bonus raya, adakah ianya wajar atau sekadar ihsan majikan terhadap pekerja?
Adalah penting untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian pekerja di dalam syarikat anda. Ini juga bukanlah tugas yang mudah untuk memimpin pasukan dan menjadi mentor yang baik kepada semua pekerja.
Apabila pekerja mengetahui bahawa kerja mereka dihargai, ia mampu meningkatkan penglibatan dan kesetiaan mereka terhadap pekerjaan mereka. Ikatan mereka dengan syarikat akan semakin kukuh dan tekanan di tempat kerja mampu dikurangkan.

Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang mewajibkan bonus pekerja, jadi usah menganggap bahawa bonus adalah perkara yang wajib. Walaupun isu bonus tidak termaktub dalam Akta Kerja 1955. Namun demikian para pekerja masih berhak untuk memperjuangkan sebarang bayaran faedah tambahan atau bonus yang dirasakan adil buat mereka.
Banyak kesatuan pekerja yang telah berjaya memperjuangkan dan memenangi hak-hak seperti sedemikian. Jika diteliti dengan lebih mendalam, bonus raya adalah wajar atau relevan diberikan kepada pekerja. Ianya adalah kerana majikan harus sentiasa ingat bahawa segala punca keuntungan syarikat adalah hasil daripada tenaga kerja semua pekerja yang melibatkan diri dalam urus niaga.
Manfaat Bonus Raya
Menurut Menteri Kewangan, pemberian bantuan khas bagi kakitangan kerajaan adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh dengan cabaran ini.
Tidak kurang juga jika pekerja di kalangan sektor swasta diberikan bonus, ini juga kerana syarikat menghargai usaha pekerja mereka dalam memajukan ekonomi syarikat.

Selain itu juga, bantuan khas atau bonus raya adalah tanda menghargai keringat serta komitmen semua pekerja yang tidak mengenal erti penat dalam bersama-sama memakmurkan jabatan masing-masing.
Bagi memberikan motivasi dalam kalangan pekerja, umumnya syarikat akan memberikan bonus. Tujuannya adalah untuk meningkatkan mutu kerja. Oleh kerana itu, biasanya jenis bonus yang akan diberikan adalah bonus tidak tetap, agar semua pekerja daapt bersaing secara sihat untuk menunjukkan prestasi kerja masing-masing bagi setiap jabatan.
Impak Bonus Terhadap Pekerja
Jadi, mengapa perlu memberi ganjaran kepada pekerja? Ini antara kebaikannya:
- Dapat meningkatkan motivasi
- Sebagai penghargaan
- Galakkan persaingan secara sihat
- Produktiviti semakin meningkat naik
- Tingkatkan pengekalan pekerja dengan baik
- Cipta suasana tempat kerja yang positif
