Caruman KWSP dan PERKESO: Skim Untuk Suri Rumah

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, suri rumah merujuk kepada (i) seorang isteri yang bekerja dari rumah atau; (ii) seorang wanita yang melakukan kerja rumah sama ada sepenuh masa atau separuh masa.

i-Suri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Tahu tak bermula dari 8 Ogos 2018, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan satu insentif khas yang dikenali sebagai i-Suri untuk golongan suri rumah sebanyak RM300 setahun. Insentif ini bertujuan memastikan kesejahteraan golongan suri rumah dan menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada keluarga dan juga masyarakat.

Antara faedah yang diterima oleh suri rumah di bawah insentif Suri ini adalah:

  • Bantuan Kematian
  • Tertakluk kepada terma dan syarat KWSP.
  • Dividen Tahunan
  • Suri rumah di bawah insentif ini layak menerima dividen tahunan di atas simpanan persaraan mereka.
  • Pelepasan Cukai
  • Seperti pencarum skim yang lain, pencarum di bawah i-Suri ini juga layak menerima pelepasan cukai tetapi tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh LHDN.
  • Insentif Khas
  • Suri rumah di bawah i-Suri ini akan menerima sebanyak 50% bagi setiap caruman sebanyak RM1 sehingga RM300 insentif khas maksimum dalam setahun.
  • Had insentif seumur hidup sebanyak RM3,000 atau mencapai umur 55 tahun (mana-mana terdahulu).
  • Tertakluk kepada terma dan syarat LHDN.

Berapa kadar yang perlu dicarum?

Memandangkan skim ini adalah caruman secara sukarela oleh golongan suri rumah, jadi tiada caruman minimum yang ditetapkan oleh KWSP. Tetapi, suri rumah di bawah skim ini digalakkan mencarum sekurang-kurangnya RM600 untuk melayakkan mereka menerima sebanyak RM300 insentif khas maksimum secara tahunan.

Semua suri rumah layak mencarum ke?

Kerajaan telah menetapkan beberapa syarat utama untuk mencarum insentif Suri ini. Antara syarat untuk i-Suri adalah seperti berikut:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Merupakan ahli KWSP
  • Suri rumah yang berumur 55 tahun ke bawah
  • Golongan suri rumah yang telah disenaraikan dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) yang terkini

Kalau nak tahu, skim ini boleh dicarum oleh suri rumah walaupun tanpa adanya suami. Sekiranya suri rumah tersebut dicarum oleh suami pada awalnya tetapi sekiranya suami meninggal atau bercerai, mereka boleh terus membayar sendiri atau menamatkan caruman. Tiada tindakan yang akan diambil sekiranya suami enggan mencarum isteri mereka di bawah i-Suri ini. Untuk maklumat lebih mendalam, segera rujuk di portal Kumpulan Wang Pekerja Sosial (KWSP) dan buat carian untuk insentif Suri ini.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR PERKESO)

Selain dari KWSP, golongan suri rumah juga dilindungi oleh PERKESO di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR). Skim ini telah dikuatkuasakan pada 1 Disember 2022 dan diperkenalkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022. Skim suri rumah PERKESO ini bertujuan memberi perlindungan keselamatan sosial kepada golongan suri rumah daripada bencana domestik serta apa-apa penyakit yang menjejaskan keupayaan dalam menguruskan rumah tangga.

Manfaat dan faedah yang akan diterima oleh golongan suri rumah di bawah skim ini adalah seperti berikut:

  • Perubatan
  • Hilang upaya kekal
  • Elaun keuzuran
  • Elaun layanan sentiasa
  • Kemudahan pemulihan jasmani/dialisis
  • Pengurusan mayat
  • Pencen penakat

Kadar caruman untuk golongan suri rumah yang mencarum di bawah skim ini adalah RM120 bagi tempoh 12 bulan berturut-turut dan caruman tersebut boleh dilakukan oleh suri rumah itu sendiri, suami, keluarga atau pihak ketiga bagi suri rumah tersebut. Untuk mencarum di bawah skim PERKESO ini, anda perlu mengikuti beberapa syarat seperti dinyatakan di bawah:

  • Mestilah berwarganegara Malaysia / pemastautin tetap
  • Suri rumah yang belum mencapai umur 55 tahun atau belum mencapai umur 54 tahun pada tarikh pertama kali mencarum SKSSR ini
  • Membuat pembayaran caruman untuk tempoh 12 bulan, yang dibayar terlebih dahulu

Sama seperti i-Suri KWSP tadi, SKSSR PERKESO ini boleh dicarum sendiri oleh suri rumah tersebut. Untuk pendaftaran dan maklumat lebih lanjut mengenai SKSSR ini, anda boleh lawati portal PERKESO atau mengunjungi kaunter PERKESO yang berdekatan untuk mendaftar.

Lindungi Suri Rumah dengan KWSP dan PERKESO!

Bagi suri rumah yang belum mencarum dengan i-Suri KWSP dan SKSSR PERKESO ini, segeralah berbuat demikian. Jangan lepaskan peluang untuk mencarum dengan skim yang telah disediakan kerajaan ini. Sekiranya anda perlukan bimbingan dalam menguruskan skim ini, boleh hubungi kami di Starz Excellence.

Jangan tunggu lama-lama, jom hubungi kami segera!

Leave the first comment