E-invois : Kelebihan Atau Kekurangan?

E-invois ialah satu bentuk pengebilan elektronik yang digunakan oleh pelanggan dan pembekal. Ianya mengandungi data yang sama seperti invois kertas yang biasa digunakan secara manual tetapi dikeluarkan, dihantar dan diterima dalam format elektronik.

Kelebihan E-Invois

Untuk mendapatkan bayaran daripada pelanggan, syarikat haruslah mengeluarkan dan menghantar invois. Invois memberikan bukti produk dihantar atau perkhidmatan yang disediakan oleh pembekal dan pembayaran yang perlu dibayar oleh pembeli.

Dengan cara ini kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli dapat mengetahui jumlah pembayaran dan menguruskan kewangan mereka dengan baik.

Selain itu, E-invois meningkatkan proses pengebilan invois secara manual dengan mengurangkan kos, meningkatkan ketepatan dan membolehkan pembayaran dibuat dengan lebih pantas.

Secara keseluruhannya E-invois tidak memerlukan sebarang kemasukan data manual, yang mengurangkan risiko kesilapan manusia. Invois juga dibuat menggunakan perisian khusus supaya ia boleh dihantar kepada pembeli dan boleh dihantar melalui emel dengan segera.

Nak tahu lebih lanjut mengenai perisian perakaunan yang efisyen untuk kegunaan syarikat anda? Hubungi kami di Starz Excellence sekarang!

Leave the first comment