Fakta Tentang Penyata Kewangan: Tidak Semudah 1, 2, 3

Penyata kewangan ialah rekod bertulis yang menyampaikan aktiviti perniagaan dan prestasi kewangan sesebuah syarikat. Penyata kewangan sering diaudit oleh agensi kerajaan atau mana-mana firma perakaunan untuk memastikan ketepatan dan untuk tujuan cukai, pembiayaan atau pelaburan.

Tambahan itu, penyata kewangan amatlah penting agar aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan efektif.

  • Mengelakkan penyelewengan.
  • Menilai prestasi kewangan syarikat.
  • Memudahkan pembiayaan atau pinjaman bank.
  • Mengelakkan pembaziran.
  • Percukaian.

Empat Asas Penyata Kewangan

  1. Kunci kira-kira: Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
  2. Penyata pendapatan: Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.
  3. Penyata untung tertahan: Menerangkan perubahan dalam untung tertahan syarikat pada sepanjang tempoh pelaporan.
  4. Penyata aliran tunai: Melaporkan kegiatan aliran tunai syarikat, khususnya kegiatan operasi, pelaburan, dan kewangan.

Kesimpulannya, penyata kewangan mempunyai banyak kepentingan kepada perniagaan. Urusan merekod aliran masuk kewangan membolehkan anda untuk memantau kedudukan kewangan syarikat.

Starz Excellence menawarkan pakej yang sangat berpatutan untuk membantu anda mengembangkan perniagaan anda dengan cara yang tepat, mudah, jimat dan sudah semestinya ianya amat berbaloi!

Leave the first comment