
Family Day atau Annual Dinner syarikat sering menjadi perbualan di kalangan pekerja dan majikan dari awal tahun lagi. Adakah ini satu ‘hadiah’ yang perlu diberikan kepada pekerja atau sekadar acara sosial tahunan yang memberikan kesan positif?
Acara ini bukan hanya aktiviti sosial semata-mata, ia juga merupakan hari di mana;
- Syarikat mengiktiraf pencapaian individu
- Pekerja membina kenangan dan mencipta perspektif positif terhadap syarikat
- Networking dengan penyatukan kakitangan dari jabatan berbeza
Acara syarikat juga membantu dalam;
- Menggalakkan kreativiti pekerja dalam penyediaan dan persiapan
- Meningkatkan semangat dan kesejahteraan
- Wujudkan pasukan yang lebih baik dan lebih fokus

Jadi, adakah Family Day atau Annual Dinner perlu sebagai acara tahunan? Ramai percaya ianya sangat perlu! Dengan mengadakan hari istimewa ini, syarikat menunjukkan komitmen mereka terhadap keseimbangan kerja-hidup, kesejahteraan pekerja dan penciptaan persekitaran kerja yang sokongan dan inklusif.