Gaji: Perbezaan Gaji Pokok, Gaji Kasar dan Gaji Bersih

Gaji merupakan sebuah bentuk kegembiraan bagi hampir semua orang, lebih-lebih lagi gaji yang lumayan menjadi pendorong utama ketika kita memilih pekerjaan dan menjadi indikator penting bagi menentukan perjalanan kewangan kita, termasuk perbelanjaan dan simpanan yang dirancang.

Tidak dinafikan masih ramai lagi yang tidak mengetahui perbezaan gaji pokok, gaji kasar dan gaji bersih. Hal ini disebabkan masih ramai diluar sana yang masih tidak fahami maksud sebenar ketiga-tiga gaji ini.

Gaji Pokok

Gaji pokok, atau dikenali sebagai “basic salary,” merupakan gaji yang dibayar kepada pekerja sebelum sebarang penambahan atau pengurangan kepada pampasan keseluruhan, seperti pelaburan, yuran, gaji lebih masa atau bonus. Gaji pokok ialah sejumlah wang tetap yang dibayar kepada pekerja oleh majikan sebagai pertukaran untuk jam kerja yang diberikan di tempat kerja.

Orang Malaysia biasanya merujuk kepada gaji pokok sebagai “gaji basic.” Gaji pokok ini perlu dibezakan dengan elemen lain seperti komisen, elaun, bayaran lebih masa (OT), KWSP (EPF), SOCSO, dan lain-lain.

Gaji Pokok

Gaji Kasar

Gaji kasar, atau dikenali sebagai “gross salary,” merujuk kepada jumlah wang yang diterima oleh pekerja sebelum cukai dan potongan dikeluarkan. Sebagai contoh, apabila majikan membayar anda gaji tahunan sebanyak RM 40,000 setahun, ini bermakna anda telah memperoleh RM 40,000 dalam gaji kasar.

Untuk memahaminya dengan mudah, gaji kasar dapat dianggap sebagai gabungan gaji pokok dan segala elaun tambahan, tetapi belum termasuk sebarang potongan atau caruman.

gaji kasar

Gaji Bersih

Gaji bersih, atau “net salary,” merupakan jumlah wang yang tinggal selepas semua potongan dan komitmen dibuat. Potongan ini termasuk KWSP, SOCSO, cukai, dan sebagainya.

Komitmen seperti bayaran balik pinjaman PTPN, pinjaman ASB, pinjaman rumah, pinjaman kenderaan, kad kredit dan sebarang hutang lain perlu diambil kira.

gaji bersih

Perbezaan antara ketiganya

Bagi memudahkan anda memahami perbezaan antara ketiga istilah ini, boleh rujuk formula mudah di bawah:

  • Gaji pokok: Gaji asas sahaja
  • Gaji kasar: Gaji asas + elaun (jika ada)
  • Gaji bersih: Gaji asas + elaun (jika ada) – potongan

Justeru itu, untuk mengetahui berapa banyak gaji seseorang itu, biasanya kita melihat pada gaji bersih seseorang itu. Profil kewangan anda akan diperhatikan terutamanya jika anda memohon sebarang bantuan kewangan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa jumlah komitmen bulanan anda tidak mengambil bahagian besar dari jumlah gaji bersih yang anda terima.

Walaupun konsep tentang gaji ini kelihatan mudah, masih terdapat banyak yang tidak memahaminya, terutama di kalangan generasi muda. Belajar lebih lagi mengenai ilmu kewangan dan perniagaan dengan Starz Excellence di sini!

Leave the first comment