Sama seperti sisa toksik, majikan dan rakan sekerja yang toksik perlu diurus dengan penuh kebijaksanaan. Antara bentuk penganiayaan atau salah laku biasa yang menjadikan rakan sekerja toksik tidak dapat ditoleransi sama sekali termasuk:
- tikam belakang kronik
- berlebihan atau terlalu kuat membela diri sehingga tidak mahu mengakui kesalahan
- narsisisme
- kejam dalam tingkah laku
- berat sebelah
Berikut adalah 3 tips untuk mengendalikan situasi ini.
- Tinggalkan segala toksik di tempat kerja, pulang dengan hati gembira (matikan telefon bimbit)
- Jaga sempadan, jangan terlalu rapat dan jangan terlalu percaya
- Rakan kerja hanya di tempat kerja, tiada istilah “office mates is family”
Perkataan toksik digunakan kerana mereka ini benar-benar bertindak seperti racun kepada sistem dan ekosistem organisasi. Ikuti tips di atas untuk terus bertahan daripada ia menjejaskan kerjaya anda.