Baru-baru ini, berita tentang syarikat bumiputra yang didakwa mengabaikan potongan cukai dari gaji pekerja mereka selama hampir 3 tahun menjadi viral di media sosial. Pemilik syarikat tersebut dikritik dan telah dikenakan hukuman denda yang serius.
Kelalaian majikan dalam mematuhi peraturan ini akan menjatuhkan reputasi syarikat dan turut membawa implikasi kepada pekerjanya, yang mungkin terlibat dalam masalah cukai yang tidak diingini.
Jika anda menghadapi situasi seperti ini lakukan, langkah- langkah dibawa;
- Berbincang dengan Majikan
- Melaporkan kepada LHDN
- Menghubungi Perkeso atau Jabatan Tenaga Manusia
Haa, mesti ada yang ragu-ragu sekarang! Jadi macam mana nak cek majikan bayar ke tak cukai PCB LHDN cukai PCB yang dah tolak dari gaji kita? Mudah sahaja, anda hanya perlu akses ke sistem MyTax dan semak dari sana.