Manfaat Pekerja Di Malaysia Mengikut Akta Pekerja 1955

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Akta Pekerja 1955?

Akta ini merupakan undang-undang buruh utama yang dikuatkuasakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan yang mengawal hubungan antara majikan dan pekerja di sektor swasta.

Pindaan Akta Kerja telah terbuka kepada semua pekerja tanpa mengira tangga gaji. Hal ini bermakna semua pekerja boleh membuat tuntutan atau aduan di Jabatan Tenaga Kerja tanpa mengira tangga gaji.

Tangga gaji RM2000.00 telah dinaikkan kepada RM4000.00 bagi meningkatkan kebajikan pekerja golongan B40 dengan pindaan 2022 Jadual Pertama Akta Pekerja, yang digazet dan telah pun berkuatkuasa sejak 1 Januari 2023 yang lepas.

Namun begitu, hanya 5 elemen yang termaktub dalam tangga gaji RM4000.00 ke bawah iaitu:

  1. Bayaran Kerja Lebih Masa
  2. Kerja pada Hari Rehat
  3. Kerja pada Cuti Am
  4. Elaun Syif
  5. Faedah Penamatan Kerja

Ini bermaksud, bagi pekerja yang bergaji di antara RM1500 iaitu gaji minimum sampailah RM4,000 anda layak untuk bekerja lebih masa serta mendapat bayaran kerja lebih masa.

Objektif utama Akta Kerja 1955 pindaan 2022 adalah untuk :

  1. Meningkatkan dan menambah baik perlindungan dan kebajikan golongan pekerja di Malaysia.
  2. Memastikan peruntukan undang-undang perburuhan di negara ini selari dengan standard antarabangsa yang digariskan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
  3. Memudahkan Malaysia merundingkan perjanjian-perjanjian perdagangan yang pada ketika ini, kerap memasukkan fasal berhubung standard minimum perburuhan sebagai salah satu daripada terma perjanjian yang perlu dipatuhi.

Pindaan Akta Kerja: Majikan perlu lihat manfaat terhadap perkembangan ekonomi

Penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 harus dilihat dari aspek manfaatnya bukan sahaja pada pekerja, tetapi juga terhadap perkembangan ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, akta ini akan membantu memastikan undang-undang buruh negara selari dengan undang-undang antarabangsa. Dalam hal perjanjian perdagangan, ia akan memudahkan negara kita merundingkan perjanjian kerana perkara ini kebiasaannya mengambil kira standard minimum perburuhan sebagai salah satu terma perjanjian.

Fakta Penting Akta Kerja 1955 Pindaan 2022

Penting sebenarnya untuk anda tahu dan hadam kesemua hak anda seperti yang terkandung dalam akta pekerja 1955. Ini bagi mengelakkan anda terus ditindas dan diancam sewenang-wenangnya oleh majikan dan pihak atasan disebabkan anda hanya seorang pekerja biasa sahaja.

Apabila anda bekerja di sesuatu syarikat anda terikat dengan peraturan dan etika yang telah pun ditetapkan oleh pihak syarikat ataupun pihak atasan anda. Semua gerak geri, perilaku dan cara kerja anda dipantau terus di pejabat berbanding semasa anda bekerja dari rumah.

Tetapi tahukah anda, sedarkah anda yang pihak atasan berhak memberikan pelbagai arahan kepada anda selagi ia selaras dengan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia di bawah Akta Pekerja 1955. Oleh itu, anda boleh luangkan masa membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut kesemua hak yang ada ke atas diri anda supaya dapat mengelakkan diri anda ditindas atau dianiaya.

Apakah intipati utama Akta Kerja 1955?

Selain itu, terdapat beberapa lagi perubahan yang perlu anda tahu sebagai majikan dan pekerja iaitu:

  • Waktu kerja seminggu 48 jam dikurangkan kepada 45 jam.
  • Kelayakan Cuti Bersalin daripada 60 hari kepada 98 hari. Semua pekerja wanita yang bersalin tidak mengira tangga gaji dan melalui perkahwinan yang sah atau tidak, layak mendapat 98 hari dan Elaun Bersalin 98 hari.
  • Larangan Penamatan Wanita Hamil. Berdasarkan Pindaan Akta Kerja 1955, penamatan hanya boleh dibuat berdasarkan 3 perkara iaitu: Pelanggaran syarat kontrak kerja, salah laku dan syarikat tutup (bankrupt).
  • Kelayakan Cuti Sakit berbayar sama ada sebanyak 14, 18, atau 22  hari ditambah dengan Cuti Hospitalisasi selama 60 hari.
  • Cuti Paterniti sebanyak 7 hari. Maksimum sebanyak 5 kelahiran shj. (Sekiranya pekerja lelaki tersebut mempunyai lebih dari seorang isteri maka pekerja tersebut hanya layak mendapat Cuti Peterniti berbayar maksimum bagi 5 orang anak sahaja. Pekerja lelaki tersebut mestilah sudah berkahwin secara SAH dan hendaklah bekerja dengan majikan yang sama selama 12 bulan. Cuti Paterniti ini termasuk Hari Rehat dan Hari Kelepasan Am (public holiday).
  • Pengiraan Gaji bagi Tidak Lengkap Bulan adalah berdasarkan Calendar of Month. Bukan sebanyak 26 hari seperti sebelum ini.
  • Mewajibkan pihak majikan menampal notis bagi meningkatkan kesedaran berhubung gangguan seksual. Sebagai contoh jenis gangguan seksual atau langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya terdapat sebarang gangguan seksual di tempat kerja.

Di samping itu juga, ianya tidak menyalahi undang-undang bagi majikan untuk menyediakan kemudahan tertentu kepada pekerjanya seperti penginapan, makanan, petrol, elektrik, air, elaun perubatan dan sebagainya, sebagai manfaat tambahan ke atas gaji yang diberikan. Manfaat lain iaitu manfaat sampingan, termasuklah pampasan yang tidak melibatkan wang sebagai tambahan kepada gaji yang telah diberikan.

Semua dalam satu penyelesaian bagi menguruskan perniagaan anda. Starz Excellence akan membantu anda dengan kos yang lebih murah. Usah khuatir, rasai sendiri pengalaman menggunakan sistem pengiraan gaji secara automatik dengan mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada Starz Excellence, kami sedia membantu anda. Hubungi kami sekarang!

Leave the first comment