
Adakah anda masih menggunakan sistem manual untuk bisnes anda? Tapi kenapa? Apabila bisnes semakin berkembang, begitu juga dengan beban kerja—terutamanya dalam hal pengurusan dan akauntasi. Jika anda bergantung pada sistem manual, anda mungkin sedang mengehadkan potensi pertumbuhan bisnes anda.
Mengapakah Syarikat masih menggunakan sistem manual?
Tidak dinafikan segelintir syarikat masih menggunakannya kerana, masih terdapat kelebihan untuk penggunaan sistem manual seperti…
- Perniagaan kecil dengan belanjawan kecil atau operasi terhad
- Tidak perlu membeli perisian dan alatan yang mahal
- Data sensitif yang hanya boleh diakses oleh sebilangan kecil orang
- Tiada melatih pekerja untuk menggunakan program baharu
- Tiada risiko serangan siber
Tetapi…
Walaupun sistem manual adalah pilihan yang murah jika dilihat dalam bentuk wang, terdapat juga kos tersembunyi yang anda perlu tanggung antaranya.
- Perniagaan yang bergantung pada kemasukan data manual akan ketinggalan.
- Kadar ralat data yang tinggi
- Penggunaan tenaga kerja yang lebih banyak
- Tiada pemeriksaan dalaman dan tiada “backup”
- Kerugian akibat kegagalan sistem manual seperti kesilapan ejaan/mesin cetak dan pelbagai lagi.

Ragu-ragu dengan Teknologi Terkini Punca Pengusaha Bisnes Jauh Ketinggalan! Keputusan untuk terus menggunakan sistem manual mungkin membawa pelbagai kekurangan. Salah satu penyelesaian yang semakin mendapat perhatian adalah penggunaan teknologi terkini melalui perkhidmatan seperti yang diberikan oleh Starz Excellence.
bagaimana Sistem Digital membantu bisnes?
- Sistem digital membolehkan penyimpanan dan pengurusan dokumen syarikat dengan teratur, memudahkan akses dan pengurusan maklumat penting.
- Kemudahan dalam proses pembayaran gaji dan upah melalui sistem digital memastikan ketelusan dalam perbelanjaan syarikat.
- Sistem digital membolehkan pengurusan yang lebih teliti terhadap perbelanjaan syarikat, dengan rekod yang mudah dipantau dan dianalisis.
- Keupayaan menghasilkan laporan secara automatik dan pantas melalui sistem digital memudahkan pemantauan dan meningkatkan kecekapan operasi.
- Sistem digital menyediakan penyelesaian pengurusan risiko dengan penggunaan perisian keselamatan siber, melindungi maklumat sensitif dan menjamin kelangsungan perniagaan.
- Perisian perakaunan digital mempermudah proses pelaporan kewangan, memberikan akses kepada data secara real-time, dan memastikan laporan yang lebih tepat dan terkini.

Digitalkan bisnes anda dengan Starz Excellence
Starz Excellence adalah peneraju dalam menyediakan Sistem Perniagaan dan Perisian Perakaunan yang dirangka khas untuk memenuhi keperluan perniagaan tempatan. Dengan fokus utama pada pemahaman dan kesesuaian dengan realiti perniagaan di Malaysia, Starz Excellence menawarkan alternatif yang mesra pengguna dan canggih untuk meningkatkan efisiensi pertumbuhan perniagaan.
Sistem ini direka khas untuk mereka yang tidak ada pengetahuan mengenai perakaunan supaya dapat menghasilkan laporan kewangan dengan mudah dan cepat. Berminat? Hubungi kami segera di Starz Excellence!