Nak Bayar Caruman KWSP? Jom Ikut Cara Ini!

Pembayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih dikenali dengan KWSP ini boleh dilakukan secara mudah melalui dua cara: (i) melalui e-Caruman di portal KWSP atau; (ii) melalui pembayaran perbankan internet. Caruman yang wajib anda bayar berdasarkan pendapatan bulanan anda mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh KWSP. Caruman KWSP ini biasanya dibayar oleh majikan atau HR syarikat anda.

Langkah Pembayaran Caruman KWSP Melalui e-Caruman

  1. Daftar masuk ke portal i-Akaun KWSP bertujuan mengisi maklumat caruman untuk semua pekerja secara atas talian.
  2. Di bahagian Contribution, klik Submission of EPF Contribution (Form A) dan diteruskan dengan pembayaran dengan mengklik butang Payment Only.
  3. Seterusnya, anda perlu memilih jenis borang untuk tujuan penyerahan.
  • Borang A Precetak: Anda diminta menggunakan Borang A yang terkini yang telah diserahkan atas talian untuk pembayaran caruman bagi bulan sebelumnya. Teruskan kepada pembayaran sekiranya tiada perubahan.
  • Borang A Kosong: Borang kosong yang perlu dilengkapkan dengan maklumat caruman pekerja anda.
  1. Langkah seterusnya adalah anda perlu memuat naik maklumat Borang A menggunakan format Comma Separated Value (CSV) atau menggunakan format CD/Diskette (EPFORMA.TXT/EPFORMA2.TXT).
  2. Akhir sekali, lakukan pembayaran caruman melalui e-Caruman dengan memilih kaedah pembayaran seperti di bawah:

Langkah Pembayaran Caruman Melalui Perbankan Internet

Sekiranya anda hendak melakukan pembayaran caruman sendiri, anda boleh menggunakan perbankan internet. Kami tunjukkan cara melalui Maybank2U yang sangat mudah sepantas kilat!

  1. Layari pautan portal Maybank
  2. Log masuk akaun anda
  3. Klik Investment > EPF pada paparan menu utama
  4. Kemudian, anda perlu mengisi maklumat pencarum. Sekiranya ada penama/pekerja tambahan, klik Add
  5. Terdapat dua pilihan caruman pada layar anda iaitu: (i) Self Contribution dan; (ii) i-Saraan/i-Suri Contribution (sekiranya anda telah mendaftar dengan KWSP)
  6. Masukkan amaun yang ingin dicarum
  7. Dan ikuti proses pembayaran seterusnya sehingga selesai

Sebagai pekerja, anda perlu sentiasa menyemak sekiranya caruman telah dibuat oleh majikan anda setiap 15 hari bulan. Pastikan caruman KWSP anda diselaraskan dan dibayar caruman dengan tepat. Bagaimana nak pastikan ketepatan bayaran caruman tersebut?

  • Pembayaran caruman secara automatik
  • Pembayaran secara manual
  • Pelarasan kadar caruman
  • Menyemak penyata caruman KWSP

Semak di portal KWSP dan sekiranya anda perlukan bantuan dalam kiraan KWSP yang tepat boleh hubungi kami di Starz Excellence!

Leave the first comment