Nak Jadi Founder Bisnes Yang Berjaya?: 6 Ciri Utama Yang Perlu Anda Tahu

Hampir segenap masyarakat sekarang, terutamanya anak muda mulai berkecimpung dalam dunia perniagaan. Namun, untuk menjadi permata yang paling bersinar di antara yang berkilauan, tentu sahajalah mereka perlu memiliki ciri-ciri tertentu.

Bukan itu sahaja, amat sukar untuk berjaya dan bertanding secara sihat dengan ekonomi dunia yang merosot sekarang. Tambahan pula, peniaga-peniaga ini terutamanya peniaga kecil mula menempuhi risiko besar sejurus selepas Covid-19. Ramai antara mereka yang sudah gulung tikar ekoran kesan dari pandemik tersebut. Mereka yang berjaya di dalam industri ini sehingga kini tentu sahajalah akan dijulang namanya setiap masa.

Penulisan kali ini kami kongsikan enam ciri-ciri utama seorang founder bisnes yang berjaya. Jom kita semak sama ada anda mempunyai ciri-ciri tersebut!

Mempunyai Hala Tuju Perniagaan

Seperti hidup kita, sebuah perniagaan juga perlu ada hala tuju. Tanpa hala tuju, anda akan tersasar jauh umpama tin kosong yang ditiup angin yang tidak tahu tujuan sebenar perniagaan anda. Sebagai contoh, jika anda seorang pemilik perniagaan makanan Korea, tentu sahaja anda perlu mempunyai hala tuju yang berbeza daripada peniaga-peniaga francais makanan Korea yang lain. Mungkin hala tuju perniagaan anda untuk mewujudkan sebuah francais makanan Korea yang pertama yang mempunyai suasana seperti di Korea misalnya.

Apabila anda menetapkan tujuan perniagaan anda, lebih mudah untuk menguruskan perjalanan dan juga merancang solusi sekiranya berlaku sebarang halangan pada kemudian hari.

Kita boleh melihat contoh dua orang anak muda yang memiliki perniagaan kedai kopi bergerak yang dikenali sebagai Vanopi. Memetik kata-kata mereka, tujuan perniagaan mereka adalah untuk menjadi mobile coffee yang berbeza dari mobile coffee yang lain. Mereka menggunakan ruang di dalam sebuah van S85 Daihatsu Hijet yang telah diubahsuai sebagai ruang untuk mereka melakukan proses pembancuhan kopi dan sebagainya.

Credit: Instagram Vanopi
Credit: Instagram Vanopi

Menarik, bukan?

Menetapkan Inisiatif

Seorang founder yang berjaya tidak akan mudah menyerah kalah. Selari dengan pepatah, pantang mundur sebelum berjuang! Seorang founder yang berjaya akan sentiasa komited dengan bisnes yang dilakukan dan sentiasa memastikan tujuan perniagaannya ditepati setiap masa. Bukan itu sahaja, seorang founder yang berjaya menjadikan sebuah kegagalan itu sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjaya.

Salah satu punca pengusaha perniagaan gulung tikar pada masa kini adalah disebabkan mudah menyerah kalah. Baru sahaja berdepan dengan satu kegagalan, terus mengangkat bendera putih tanpa memikirkan solusi terlebih dahulu.

Credit: Instagram Sambal Nyet

Baru-baru ini, seorang pempengaruh terkenal, Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berhadapan satu konflik berkaitan isu penciplakan produknya iaitu Sambal Nyet. Seorang individu yang tidak dikenali telah menciplak Sambal Nyet Berapi dengan mencipta Sambal Nyet Khairi. Ekoran isu tersebut, Khairul Aming melakukan tindakan wajar dengan menghantar 8 LOD atau surat tuntutan kepada individu tersebut sejurus mengetahui pemilik sambal ciplak itu.

Ish, tak patut! Tetapi, nampak tak bagaimana Khairul Aming menghadapi cabaran tersebut? Ha, untuk menjadi seorang founder yang berjaya, anda boleh meletakkan beliau sebagai benchmark untuk anda berjaya.

Mantapkan dengan Ilmu

Tidak kiralah anda mempunyai kelulusan mahupun pengalaman, proses pembelajaran tetap perlu berlaku sepanjang masa. Jangan lokek untuk berkongsi ilmu yang anda ada kerana dengan berkongsi anda juga akan mendapat ilmu yang lebih luas! Paling penting, jangan malu dan kedekut untuk keluarkan modal ke kelas-kelas yang ada.

Walaupun pengetahuan dari kelulusan dan pengalaman yang anda ada sudah mendalam, tidak salah untuk terus meneroka ilmu dari masa ke semasa. Setiap orang berbeza ilmunya. Jadi, jangan sesekali malas untuk mendaftar kelas atau bengkel perniagaan yang disediakan oleh banyak pihak.

Jangan malu untuk menggali ilmu, ya!

Sentiasa Merebut Peluang

Pantang sahaja nampak peluang di depan mata, terus disambar!

Inilah ciri-ciri founder yang berjaya. Tidak takut untuk merebut peluang yang ada. Seorang founder yang berjaya tidak akan sesekali mempersoalkan kejayaan perniagaannya kerana percaya bahawa kejayaan akan dicapai dan tidak takut untuk berhadapan sebarang risiko.

Seorang founder yang berjaya bukan sahaja mampu mencipta idea yang bernas, malahan sentiasa berfikir untuk melakukan perubahan dengan menukarkan idea tersebut menjadi sesuatu yang mampu memberikan keuntungan. Sebagai contoh, ramai peniaga kecil mula menjual pelitup muka semasa penularan wabak Covid-19. Begitu juga dengan seorang pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie, mengambil peluang ini dengan pengeluaran pelitup mukanya dikenali sebagai Jovian Mask.

Tindakan beliau merupakan salah satu contoh founder yang sentiasa merebut peluang. Jadi, untuk menjadi founder yang berjaya, anda tidak perlu takut dengan risiko yang mendatang dan sentiasalah merebut peluang yang ada!

Sentiasa Membina Networking

Membina networking merupakan salah satu ciri-ciri yang perlu ada pada seorang founder yang berjaya. Tetapi malangnya, ramai usahawan yang takut untuk mencipta networking ini dengan alasan malu dan takut.

Anda tahu tak dengan membina networking ini akan mudah mempromosikan perniagaan anda? Di sini, kami kongsikan tiga tips mudah untuk membina networking dalam bisnes:

  • Follow rapat media sosial sifu atau usahawan yang berjaya dan sentiasa meninggalkan komen mesra. Kalau lebih berani, anda boleh terus menghubungi beliau.
  • Sertai support group business yang mengumpulkan otai-otai usahawan berjaya. Jangan lokek untuk bertanya. 
  • Daftar seminar bisnes yang mengumpulkan usahawan yang berjaya serta pemilik perniagaan yang lain. Jangan malu untuk bertegur sapa. Mana tahu, dari situ mereka mula berminat dengan perniagaan anda dan menjadi rakan kongsi!

Pemasaran Berkesan

Akhir sekali, anda perlu ada teknik pemasaran yang berkesan. Jika produk atau servis telah ada tetapi tidak dipasarkan, bagaimana anda hendak menarik perhatian prospek yang seterusnya akan menjadi pelanggan?

Dari penciptaan logo, ke packaging menarik sehinggalah ke pemasaran yang berkesan, anda perlu ada semuanya untuk menjadi founder yang berjaya. Paling penting, anda perlu ada ilmu dan kreativiti!

Jom Jadi Founder Hebat dengan Starz Excellence!

Tidak mudah untuk mencapai kejayaan dalam sebuah perniagaan tanpa ada usaha dan juga cabaran. Tetapi, dengan persediaan yang rapi anda tentu akan berjaya.

Mahu kami tolong anda bangkitkan bisnes anda ke langkah seterusnya? Jom sertai seminar dan bengkel yang disediakan Starz Excellence! Bukan itu sahaja, kami juga mampu membimbing anda sehingga menjadi founder berjaya.

Hubungi kami segera!

Leave the first comment