Pekerja dalam Cubaan Layak Mendapat Cuti Tahunan Ke?

Umum mengetahui kadar pengangguran dunia meningkat sedikit pada tahun 2024 ini seperti yang dinyatakan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jadi, jika anda telah memperolehi kerja yang baik, sudah pasti ini merupakan saat yang paling bermakna dan sering anda nantikan kerana tidak semua bernasib baik untuk mendapatkan pekerjaan dalam masa yang singkat.

Tempoh Percubaan atau Probation

Tidak kira sama ada anda merupakan fresh graduate atau sudah lama di dalam dunia pekerjaan, namun jika anda seorang pekerja baharu di sebuah syarikat, sudah pasti anda perlu melalui fasa percubaan atau lebih dikenali sebagai probation. Dalam erti kata lain, probation merupakan tempoh penilaian majikan terhadap pencapaian seorang pekerja dan tempohnya bergantung kepada syarikat tersebut sama ada tiga bulan, enam bulan, malahan ada juga sehingga setahun.

Pekerja dalam Probation Layak Dapat Cuti Tahunan?

Tetapi, tidak semua pekerja tahu tentang hak mereka sepanjang probation. Antara soalan yang sering ditanya adalah mengenai cuti tahunan. Kalau anda nak tahu, pekerja dalam probation juga dilindungi dibawah Akta Kerja 1955 kerana pekerja itu juga merupakan Contract of Service (COS) yang layak menerima perlindungan sebagaimana pekerja tetap yang lain.

Berapa Cuti Tahunan yang Layak untuk Mereka?

Cara kiraannya cuti tahunan atau annual leave (AL) yang layak untuk mereka adalah secara prorata dari tempoh percubaan pekerja tersebut. Sebagai contoh, kalau tempoh percubaan anda adalah 6 bulan, setahun syarikat anda tetapkan 8 hari AL, jadi apabila diproratakan dengan formula dibawah:

Jadi, jumlah yang layak pekerja tersebut dapat adalah sebanyak 4 hari. Tetapi, jika kiraannya mempunyai titik perpuluhan seperti 4.7 hari, anda perlu proratakan 0.5 ke nombor genap iaitu 1 hari. Jadi, jumlahnya adalah 5 hari. Perkara ini telah jelas dinyatakan mengikut Seksyen 60 E (1).

Kiraan Lebih Mudah dengan Bantuan dari Starz Excellence!

Sekiranya anda sebagai majikan masih ragu-ragu tentang cara kiraan cuti tahunan untuk pekerja anda dan mempunyai banyak kemusykilan tentang syarikat anda, Starz Excellence sedia membantu! Kami menawarkan servis yang mampu memudahkan syarikat anda semudah 1, 2, 3! Hubungi kami segera!

Leave the first comment