Janganlah kita nak menipu, semua pernah lambatkan? Macam-macam alasan keluar dan ianya adalah lumrah dalam kehidupan. Jika anda seorang majikan, pekerja yang sering lewat ke tempat kerja boleh menyebabkan masalah serius untuk bisnes anda.
Bayangkan kalau 10 orang pekerja datang lewat setiap hari, berapa banyak masa produktif yang terbuang sia-sia? Projek tergendala, duit syarikat terjejas dan pelbagai lagi. Jadi jangan biarkan kelewatan anda menjatuhkan orang lain!
Boleh ke terus pecat pekerja?
Nak pecat tidak boleh sewenang-wenangnya, majikan masih perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (JTK) dan Akta Kerja 1955.
Jadi apa yang boleh majikan lakukan dalam situasi ini? Berikut adalah 3 langkah yang boleh dirujuk:
Langkah 1 – Rekodkan Jumlah Kehadiran
Majikan perlu memantau dan mengira bilangan kehadiran lewat setiap pekerja. Ini bagi melihat sama ada kelewatan itu kerap berlaku atau tidak disengajakan oleh pekerja.
Langkah 2 – Sesi Kaunseling
Sekiranya kelewatan sering berlaku, majikan perlu mengadakan sesi kaunseling bersama pekerja berkenaan. Majikan boleh memberi nasihat, amaran lisan atau bertanya punca-punca kelewatan supaya pekerja boleh memperbaiki diri.
Langkah 3 – Surat Amaran
Jika pekerja masih degil walaupun telah diberi nasihat dan amaran lisan, majikan boleh mengeluarkan surat amaran bertulis sebagai langkah terakhir sebelum tindakan tatatertib diambil.
Menguruskan Pekerja Yang Selalu Lambat
Cuba fahami sama ada mereka mempunyai sebarang masalah peribadi, masalah perubatan atau sebarang sebab lain yang mungkin menyebabkan mereka lewat. Jangan terus membuat andaian buruk. Mereka mungkin ada masalah kesihatan, tekanan hidup atau halangan lain yang sukar dielakkan.
Pekerja yang selalu datang lewat ke tempat kerja juga mungkin kerana kurangnya motivasi. Jadi antara inisiatif yang boleh dilakukan majikan ialah
- Menyediakan sarapan percuma. Ini dapat menggalakkan pekerja untuk bangun lebih awal dan tiba di lebih awal untuk menikmati hidangan sarapan secara percuma bersama rakan sekerja.
- Memberi elaun kehadiran dan insentif kepada pekerja yang datang awal ke tempat kerja. Dengan adanya ganjaran ini akan meningkatkan motivasi untuk mereka datang lebih awal.
- Mengadakan sesi taklimat ringkas pada setiap waktu pagi atau morning briefing sebelum kerja rasmi bermula. Sesi ini lebih santai dan boleh diselangi dengan minum pagi.
Namun cabaran utama untuk mengatasi permasalahan ini adalah dengan memastikan semua orang berada di landasan yang betul. Jangan risau, Starz Excellence boleh bantu anda selesaikan masalah ini, hanya hubungi konsultan kami untuk mengatahui lebih lanjut!