Pekerja Separuh Masa dan Pekerja Dalam Cubaan Layak Untuk Tuntutan Overtime?

Dalam era ekonomi runcing ini, ramai di antara kita yang melakukan pekerjaan tambahan selain pekerjaan hakiki. Mereka ini digelar sebagai pekerja separuh masa yang merujuk kepada orang yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan dengan majikan, iaitu jam kerjanya antara 30% hingga 70% daripada pekerja sepenuh masa dengan majikan yang sama. Sebelum ini kami ada menyentuh mengenai pekerja dalam cubaan atau probation yang merujuk kepada pekerja yang masih dalam tempoh percubaan mengikut waktu yang ditetapkan oleh syarikat sama ada tiga bulan, enam bulan atau setahun.

Walaupun pekerja separuh masa tidak dilindungi Akta Pekerja 1955 secara mutlak, penting untuk anda tahu mereka ini dilindungi di bawah Peraturan-peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010.

Layak ke Terima OT?

Perkara yang diketengahkan umum adalah mengenai pembayaran overtime (OT) kepada pekerja separuh masa dan pekerja dalam cubaan ini. Mereka ini layak ke menerima OT sekiranya bekerja melebihi masa?

Ya, mereka juga layak menuntut pembayaran OT seperti pekerja tetap.

Termaktub dalam Peraturan 5(1), pekerja part-time atau separuh masa ini boleh mendapat bayaran OT sekiranya dia bekerja lebih dari jam bekerja pekerja biasa. Sebagai contoh, Zulaikha bekerja dalam tempoh lima jam dalam sebuah syarikat. Jika dia diminta untuk bekerja extra dua jam, bayaran OT untuk dua jam tersebut harus dibayar sama seperti gaji sejam yang biasa dia lakukan. Tetapi, jika dia diminta untuk bekerja extra 6 jam, bermakna jumlah jam bekerja dia melebihi jam waktu bekerja pekerja biasa. Jadi, extra jam tersebut perlu dibayar dengan kadar 1.5 dari gaji sejam Zulaikha.

Manakala, untuk pekerja dalam percubaan pula mereka perlu dibayar mengikut yang termaktub dalam Akta Pekerja 1955, dibawah Seksyen 60A (1). Mereka tidak boleh bekerja melebihi 8 jam sehari. Jika perkara ini berlaku, mereka layak menuntut pembayaran OT sama seperti pekerja tetap dalam syarikat tersebut.

Kiraan Lebih Mudah dengan Starz Excellence!

Sekiranya anda masih keliru dengan cara kiraan OT serta pembayarannya, segeralah dapatkan bantuan dari kami di Starz Excellence. Kami menawarkan servis lengkap untuk kewangan syarikat anda dalam memastikan kestabilan serta kelancaran organisasi.

Jangan ragu-ragu dan menunggu lama.Hubungi kami segera!

Leave the first comment