Pelajar Latihan Industri : Layak Mendapat “Gaji” atau Tidak?

Latihan industri merupakan suatu bentuk proses pembelajaran. Tujuan latihan industri adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang suasana dunia pekerjaan di samping mempelajari ilmu dan kemahiran dalam organisasi supaya para pelajar boleh membuat persediaan sewajarnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa pemberian elaun kepada pelajar latihan industri dapat mengurangkan beban ditanggung pelajar yang tidak mempunyai sumber pendapatan selain bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa.

Justeru dengan itu, semua pelajar yang menjalani latihan industri di syarikat milik kerajaan (GLC) akan layak menerima elaun perantisan minimum RM800 sebulan. Beliau berkata, syarikat swasta juga diseru mempertimbang langkah sama terhadap pelajar latihan industri.

Akta khusus bagi melindungi pelajar latihan industri adalah perlu. Adalah diharapkan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Kos Sara Hidup, dan juga Persatuan Majikan Malaysia (MEF) serta Kesatuan Sekerja (MTUC) dapat berbincang tentang bagaimana untuk merangka satu polisi yang sesuai bagi melindungi pelajar latihan industri.

Leave the first comment