Anda masih ingat tak kejadian pada Mac 2021 yang memaparkan enam pekerja kilang yang didakwa kerana telah memalsukan sijil cuti sakit mereka?

Insiden tersebut menjadi punca majikan mula hilang kepercayaan terhadap pekerja. Alahai, kalau sudah sakit, pergi saja ke pusat rawatan dan dapatkan sijil cuti sakit yang sah. Nasi sudah jadi bubur, pekerjaan hilang, maruah tercalar. Aduhai!
Penting ke Sijil Cuti Sakit (MC) Ini?
Medical Certificate – MC sangat penting untuk tujuan rekod syarikat untuk kiraan cuti sakit bergaji anda. Bukan itu sahaja, dengan adanya MC dapat membuktikan seorang pekerja bukan sengaja tidak hadir bekerja pada waktu yang ditetapkan. Tetapi, kena ingat ya, MC yang diterima HR hanya yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berlesen hospital kerajaan mahu pun swasta.
Termaktub di bawah Seksyen 60F (1) Akta Kerja 1955, seorang pekerja itu perlu diperakui tidak sihat oleh doktor panel untuk mendapatkan cuti sakit bergaji. Jika surat tersebut dikeluarkan oleh doktor bukan panel, majikan berhak menolak sijil tersebut dan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji.
Walau bagaimanapun, terdapat dua pengecualian untuk akta di atas:
- Perkhidmatan doktor panel tidak tersedia semasa dan di tempat pekerja jatuh sakit. Maka, pekerja tersebut dibenarkan ke mana-mana doktor dan mendapatkan sijil sakit untuk kelayakan cuti sakit bergaji.
- Jika dalam keadaan kecemasan, pekerja tersebut boleh mendapatkan rawatan dari mana-mana pengamal perubatan berlesen yang bukan dari doktor panel.
Dapat Sakit, Dapat Malu!

Sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab, anda jangan sesekali memalsukan sijil cuti sakit kerana bukan sahaja memberi kesan kepada syarikat, malah membawa kesan buruk terhadap prestasi kerja anda.
Tiada majikan yang mahu mengambil pekerja yang mempunyai rekod buruk dalam pekerjaannya.
Takut tersalah pilih pekerja? Jangan risau, sebelum anda menubuhkan syarikat dan mengambil pekerja, Starz Excellence menawarkan konsultansi untuk memantapkan organisasi anda!
Majikan dan pekerja yang baik akan mengukuhkan sebuah organisasi. Ayuh segera hubungi kami di Starz Excellence!