Slip Gaji Perlu Disediakan Untuk Pekerja Ke?

Gaji dapat tapi slip gaji tak dapat? Salah ke tak majikan kalau tak bagi slip gaji ni?

Di bawah Akta Kerja 1955, majikan diwajibkan untuk membuat rekod pembayaran gaji dan memberikan slip gaji kepada pekerja. Peruntukan ini terdapat dalam Employment Regulations 1957 yang merupakan sebahagian dari Akta Kerja 1955.

  • Regulation 5 menyatakan apa-apa butiran perlu disimpan oleh majikan
  • Regulation 9 menyatakan keperluan agar majikan memberikan slip gaji kepada pekerja.

Jadi, jangan lupa untuk memeriksa kembali slip gaji kalian dan pastikan semua informasi penting sudah tertera. Bagi yang belum menerima slip gaji, jangan ragu untuk meminta majikan memberikannya tapi kalau majikan enggan memberikan slip gaji, pekerja boleh rujuk di Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia!

Leave the first comment