Starz Excellence: Jom Kenali Kami!

Starz Excellence Sdn Bhd penyelesaian semua dalam satu

Adakah anda seorang Business Owner? Sentiasa merasa pening dan tertekan dengan pengurusan kewangan perniagaan anda? Sudah bertahun dalam industri, tetapi masih tercari-cari cara yang lebih efisien untuk menguruskan akaun perniagaan anda?

Anda mungkin seorang “pakar” dalam mengendalikan pelanggan, mencipta produk dan mempunyai otak marketing yang hebat untuk pasarkan produk anda. Tetapi bila bab menguruskan aspek kewangan dan perakaunan terus pening dan garu kepala!

Jangan risau! Starz Excellence ingin mengajak anda ke dunia baru kecekapan dan pengurusan perniagaan yang bijak. Kami faham bahawa pengurusan kewangan adalah salah satu aspek yang paling kritikal dalam menjayakan perniagaan. Starz Excellence berdiri sebagai rakan perniagaan anda yang bersedia memberikan penyelesaian canggih dan efisien untuk menguruskan perakaunan perniagaan anda.

Adakah anda menghadapi Situasi Dibawah?

  • Tertekan dengan tugas pengurusan kewangan.
  • Kurang pengetahuan akaun dan tidak memiliki sistem pemantauan kewangan yang berkesan
  • Menghadapi kesukaran mengimbangi aspek teknikal perniagaan dengan kewangan.
Kami membantu PKS melakukan perakaunan dengan lancar menggunakan teknologi terkini

Starz Excellence adalah jawapannya!

Dengan menggabungkan kepakaran dalam membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan pemanfaatan teknologi terkini, kami memastikan pengurusan perniagaan anda berjalan dengan lancar, tanpa memberikan anda bebanan yang tidak perlu.

Apa Tujuan Utama Penubuhan Starz Excellence?

Sejak awal penubuhan kami, Starz Excellence menumpukan kepada beberapa aspek utama untuk membawa perubahan positif kepada pengusaha perniagaan, terutamanya PKS di Malaysia. Inilah tumpuan utama kami:

  1. Perakaunan Lancar dengan Teknologi Terkini
    • Menawarkan kemudahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui integrasi teknologi terkini untuk proses yang lebih mudah dan efisien.
  2. Pengalaman dan Pengurusan Kewangan
    • Menawarkan kepada anda kepakaran dalam mengurus, memberi nasihat, dan mengawal kewangan perniagaan, memastikan setiap nasihat adalah dari pakar yang berkualiti.
  3. Pakej Berpatutan untuk Pertumbuhan
    • Menawarkan pakej perkhidmatan yang berpatutan, menjadikan sokongan kewangan lebih terjangkau tanpa mengurangkan kualiti.
  4. Pengurusan Perniagaan Terpadu
    • Menyediakan solusi holistik “All in One” untuk meningkatkan efisiensi pengurusan dan mengurangkan beban kos, membolehkan peniaga fokus pada perkara yang penting.
  5. Perisian Perakaunan Mudah Digunakan
    • Kami menyediakan perisian perakaunan yang mudah diakses dari telefon untuk keselesaan dan keterjangkauan pengurusan, menjadikan urusan perakaunan lebih mesra pengguna.

Starz Excellence dengan 3 pilar utama perkhidmatannya, iaitu Perkhidmatan Kewangan, Seminar/Bengkel, dan Mentorship Personal

1. Perkhidmatan Kewangan

Perniagaan yang berjaya bermula dengan pengurusan kewangan yang cekap. Starz Excellence menawarkan perkhidmatan kewangan yang holistik, membantu usahawan merangka strategi kewangan, membuat analisis kewangan yang mendalam, dan menguruskan aspek perakaunan.

Salah satu fokus utama adalah membantu pemilik perniagaan menyediakan kad laporan perniagaan yang bankable dan membuka peluang untuk mendapatkan pinjaman dengan syarat yang baik daripada institusi kewangan.

2. Seminar/Bengkel

Starz Excellence juga menawarkan pelbagai seminar dan bengkel untuk meningkatkan literasi kewangan usahawan dan pengurusan syarikat berkesan. Peserta tidak hanya mendapat pengetahuan yang mendalam tentang aspek kewangan perniagaan, tetapi juga diajar bagaimana mengatasi cabaran kewangan dan pengurusan yang umum dihadapi oleh usahawan.

3. Sesi Mentorship Personal

Starz Excellence menawarkan perkhidmatan konsultasi pengurusan kewangan untuk membimbing usahawan melangkah ke era transformasi digital. Mengatasi masalah umum seperti ketidakfahaman terhadap laporan kewangan, kekurangan kakitangan akaun yang berkemahiran, dan kelewatan dalam penyediaan akaun untuk audit dan lain-lain isu pengurusan dan akaun lain. Pakar-pakar kami di Starz Excellence memastikan anda mendapat sokongan yang diperlukan.

3 pilar utama perkhidmatan

Bagaimana kami nak bermula dengan Starz Excellence?

Bisnes anda mungkin sudah mula berkembang dan produk anda mendapat sambutan yang baik. Namun, anda mungkin mendapati bahawa tugas pengurusan semakin sukar dikawal. Pasti anda pernah merasai cabaran ini, bukan?

Bila tengok rakan-rakan dalam bisnes menghadapi masalah yang sama, dengan segala buku akaun yang semakin tebal, tuntutan pekerja yang berterusan, masalah dengan invoice, dan bil-bil yang makin bertimbun. Tambahan pula, surat-surat dari LHDN turut muncul, dan anda mungkin merasa kesemua aspek pengurusan ini semakin sukar untuk dikendalikan.

Sebagai Bisnes Owner, Anda Mesti Tak Cukup Tangan. Takkan Kena Buat Semuanya Sendiri…

Bisnes Owner stres

Inilah masanya untuk anda rujuk kepada Starz Excellence. Kami tidak hanya menawarkan perkhidmatan perakaunan tetapi kami adalah rakan kewangan anda. Dengan pakej yang berpatutan, kami membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang boleh dialihkan untuk pertumbuhan perniagaan anda.

Anda tidak lagi perlu merasa kesunyian dalam dunia perniagaan. Sebaliknya, Starz Excellence membuka pintu peluang anda untuk mengembangkan lagi potensi perniagaan anda semaksimanya!

Mengenali Kami Lebih Dekat!

Sertai keluarga Starz Excellence, dan bersama-sama kita membina kejayaan perniagaan anda. Starz Excellence menawarkan pakej perkhidmatan yang berpatutan, teknologi terkini, dan pasukan berkualiti. Bayangkan dengan Starz Excellence, anda tidak hanya mendapatkan bantuan kewangan, tetapi juga sebuah rakan yang memahami keperluan perniagaan anda. Dengan kami, anda tak perlu lagi menggaji akauntan, kerani, atau team invoice – membuka pintu kepada penjimatan yang besar setiap bulan.

semua dalam satu penyelesaian

Hubungi Starz Excellence hari ini untuk menjayakan perniagaan bersama-sama!

Leave the first comment