Unjuran Kewangan Penting Ke?

Kewangan merangkumi aspek yang tertentu seperti pengurusan, penciptaan, dan kajian berkaitan kewangan serta pelaburan dalam sesebuah organisasi. Selain itu, kewangan juga merujuk kepada pengawasan, penciptaan, perbankan, kredit, pelaburan aset, dan liabiliti yang membentuk sistem kewangan. Setiap aspek yang disenaraikan ini adalah penting dalam sebuah organisasi.

Manakala, pengurusan kewangan pula merujuk kepada perancangan, pengaturan, dan pengawalan aktiviti kewangan seperti perolehan dan penggunaan dana perniagaan. Salah satu aspek penting dalam pengurusan kewangan adalah dengan mewujudkan unjuran kewangan sebelum memulakan sebuah perniagaan.

Dua Senarai Unjuran Kewangan Terpenting

Kebiasaannya, unjuran kewangan ini dibina selepas penetapan objektif sebuah organisasi serta setelah mengenali dan menganalisis pasaran terkini. Jom kami tolong anda senaraikan dua unjuran kewangan yang kritikal untuk perniagaan anda.

Sejarah Data Kewangan

Pertama adalah sejarah data kewangan perniagaan anda. Sejarah data kewangan ini penting untuk pemilik perniagaan yang sudah lama menubuhkan perniagaan. Ini disebabkan semasa pengauditan perniagaan anda, pihak berwajib akan meminta anda melampirkan sejarah data kewangan anda yang memberi kesan kepada perniagaan anda; bergantung kepada usia perniagaan anda.

Untuk pengetahuan anda, sejarah data kewangan yang perlu anda lampirkan adalah penyata pendapatan perniagaan anda, kunci kira-kira, dan penyata aliran tunai sepanjang tempoh penubuhan perniagaan anda. Kebiasaannya, semasa pengauditan dilakukan, mereka akan meminta anda menyediakan penyata aliran tunai syarikat anda dari tiga hingga lima tahun.

Prospektif Data Kewangan

Seterusnya, anda juga perlu mempunyai prospektif data kewangan perniagaan atau lebih mudah dikenali sebagai ramalan perniagaan anda. Perkara kedua ini meliputi semua jenis perniagaan, sama ada yang baru ditubuhkan mahupun yang sudah lama dibina. Antara dokumen yang perlu disediakan secara tahunan adalah:

  • Penyata pendapatan yang diramalkan;
  • Kunci kira-kira perniagaan anda;
  • Penyata aliran tunai perniagaan; dan
  • Bajet untuk perbelanjaan modal perniagaan.

Untuk tahun yang pertama, anda diminta untuk menyediakan unjuran bulanan atau suku tahunan manakala untuk tahun-tahun yang seterusnya, anda perlu menyediakan lampiran unjuran untuk suku tahunan atau tahunan untuk dua hingga lima tahun.

Sediakan semua dokumen ini dengan lengkap barulah perniagaan anda tidak akan berdepan dengan sebarang masalah. Ingat, ya!

Kepentingan Unjuran Kewangan

Ramai sahaja dalam kalangan pemilik perniagaan yang memandang remeh penyediaan unjuran kewangan ini tanpa mengambil kira kesan pada perniagaan kelak. Nak tahu mengapa unjuran kewangan dalam pengurusan kewangan ini penting?

  • Membantu seimbangkan kewangan aliran tunai

Unjuran kewangan dalam pengurusan yang lengkap akan membantu dalam memastikan aliran tunai keluar dan masuk seimbang dan terjaga. Cuba bayangkan sekiranya tiada rekod unjuran kewangan sepanjang perniagaan anda, apa akan jadi sekiranya penyelewengan duit berlaku? Tiada bukti, tiada saksi, alamatnya anda yang rugi.

Menyesal pun sudah tiada guna. Aduhai!

  • Mengurangkan ketidakpastian dalam perniagaan

Unjuran kewangan dalam pengurusan juga akan sedikit sebanyak mengurangkan ketidakpastian berkaitan perubahan pasaran yang dapat ditangani dengan mudah melalui solusi yang tepat. Bukan itu sahaja, penyediaan unjuran kewangan juga mampu mengelakkan dan mengurangkan ketidakpastian yang boleh menjadi kekangan untuk perniagaan maju ke hadapan.

Dalam erti kata lain, dengan adanya unjuran kewangan yang tepat dan lengkap, pengurusan kewangan anda akan lebih stabil dan lebih mudah untuk anda mendapatkan keuntungan yang diingini.

  • Meningkatkan kecekapan organisasi

Paling penting, unjuran kewangan ini juga merupakan bukti kecekapan sebuah organisasi. Anda boleh bandingkan syarikat yang mempunyai unjuran kewangan yang lengkap dan tepat dengan syarikat yang mengambil unjuran kewangan ini sambil lewa. Banyak perbezaan yang anda akan dapati.

Jadi, anda boleh pilih sama ada anda mahukan perniagaan yang lebih cekap dan efisien atau pun perniagaan buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Fikir-fikirkan, ya!

Tips Pengurusan Kewangan Perniagaan

Tidak lengkaplah penulisan dari kami tanpa tips, bukan? Saat ini, mesti anda sudah sedari betapa pentingnya unjuran kewangan untuk perniagaan anda. Tidak kiralah perniagaan kecil apatah lagi perniagaan yang besar, anda pasti mahukan yang terbaik, bukan?

Jom selusuri tips ringkas dari kami untuk menguruskan kewangan perniagaan anda:

  • Kenalpasti perbelanjaan terbesar perniagaan anda.
  • Bina dana kecemasan terutamanya pemilik perniagaan yang melibatkan jualan offline.
  • Mempunyai strategi aliran tunai yang baik supaya dapat menganalisis aliran keluar masuk kewangan perniagaan anda.
  • Uruskan kredit peribadi dan hutang anda secara tahunan.
  • Dapatkan pertolongan professional terutamanya dari konsultan perniagaan dan kewangan seperti kami di Starz Excellence. Anda cuma perlu nyatakan kesukaran yang anda hadapi sepanjang perniagaan dan kami akan bantu dengan solusi yang bijak! 

Segera hubungi kami di Starz Excellence!

Kestabilan perniagaan anda matlamat utama kami!

Leave the first comment