Episod 4 (CH) :10 Tips Pengurusan Cashflow Untuk Grow Bisnes

The principles of Cashflow Management | by Glen Morgan FCICM(Grad) |  LinkedIn

Cashflow bisnes yang sihat dapat membayar hutang on time , mengekalkan operasi bisnes berjalan dengan lancar dan mengembangkan bisnes anda. Tanpa pengurusan cashflow bisnes yang baik anda hanya tinggal sedikit langkah sahaja menuju kearah kemerosotan kewangan bisnes anda

Sedikit panduan ini boleh bantu anda mengetahui bagaimana pengurusan cashflow yang baik, dan kami kongsikan 10 strategi yang bantu bisnes owner untuk kembalikan cashflow yang baik untuk bisnes.

Apa Itu Pengurusan Cashflow ?

Pengurusan Cashflow adalah senarai set amalan dan strategi untuk membantu mengesan, menganalisis dan meningkatkan kewangan bisnes. Matlamat pengurusan cashflow adalah untuk menjadikan bisnes anda “GREEN”, juga dikenali sebagai cashflow positif, di mana anda mempunyai lebih banyak wang masuk daripada keluar.


Dalam bisnes “CASH IS KING” , mengurus kewangan dengan baik adalah penting untuk pastikan bisnes akan terus maju dan survive , tetapi lebih penting lagi jika ada rancangan / planning untuk kembangan bisnes dan brand anda. Selain itu, ia dapat membantu forecast (unjuran) dan merancang kekurangan dan lebihan tunai.

Pengurusan kewangan yang berjaya ada tiga elemen ;

i) Jumlah hutang dari pelanggan (customer) – akaun yang perlu dibayar
ii) Jumlah hutang kepada pembekal (supplier/vendor)
iii) Kekurangan duit (shortfall) jumlah wang yang dibayar adalah lebih dari duit yang ada .

Sangat penting bahawa satu elemen tidak mengatasi elemen yang lain. Sekiranya pelanggan (customer) berhutang terlalu banyak, maka duit masuk tidak cukup . Berhutang terlalu banyak kepada pembekal (supplier) bermakna duit keluar juga akan jadi banyak. Kedua-dua senario ini menghasilkan perkara yang sama: cashflow (aliran tunai) negatif


Tips Pengurusan Cashflow Yang Efektif

2 Strategi utama untuk meningkatkan cashflow bisnes:

i) Meningkatkan jumlah duit masuk

ii) Mengurangkan jumlah duit keluar.

Sebilangan bisnes owner ketika mereka menghadapi masalah kewangan, menggunakan kad kredit atau buat loan (kadang-kadang pinjam along pun ada juga……) – dan kami tidak perlu bagitau bisnes owner ini satu idea yang tidak bijak! Berikut ada 10 tips cara lain yang lebih baik untuk bisnes owner yang dapat perbaiki keadaan kewangan yang lebih sihat., ” healthier financial situation “

1) Tahu berapa banyak duit yang diperlukan untuk cover belanja dan bayaran tetap dan gross margin setiap bulan – Break Even

Sebelum capai cashflow yang positif, perlu tahu berapa banyak yang perlu diperolehi untuk mencapai untuk bayar segala belanja tetap setitap bulan. Sekiranya capai “break even ” (titik pulang modal), itu adalah sesuatu yang betul. Sekiranya anda gagal (secara konsisten), ada masalah yang perlu ditangani dan diselesaikan.

*”break even” – jumlah jualan minimum yang mesti ada dan cash yang cukup untuk bayar semua belanja tetap seperti gaji , sewa , loan dan lain-lain belanja tetap.

2) Ada Emergency Cash Reserve (Dana Kecemasan)

Individu harus mempunyai dana kecemasan, bisnes owner juga harus selalu ada simpanan tunai sebagai “emergency cash reserve”. Ini memberi sedikit fleksibiliti dan “secure” semasa kemelesetan ekonomi contoh seperti masa pandemaik COVID 19 ini . Jumlah simpanan “emergency cash reserve” yang baik adalah mempunyai cukup untuk menampung perbelanjaan sekurang-kurangnya tiga hingga enam bulan, sebaiknya hingga lapan bulan.

3) Tetapkan masa dan terma bayaran untuk setiap invois

Adalah mustahak untuk menetapkan syarat pembayaran yang sangat jelas, sebelum menggunakan pelanggan atau pembekal baru. Pastikan meletakkan terma pembayaran untuk invois yang diharapkan, sama ada terma COD , cash on delivery dalam tempoh masa 15, 30 atau 60 hari dari tarikh invois. terutamanya job projek yang memerlukan sumber dana , kami mengesyorkan agar meminta deposit awal supaya mempunyai sejumlah wang untuk menampung perbelanjaan yang diperlukan. Kemudian, minta selebihnya pembayaran setelah mencapai “progress” atau hasil yang tertentu.

4) Galakkan “Easy Payment and Early Payment”

IOU ( I Owe You) dari customer yang sama dengan tidak mempunyai wang. Galakkan customer untuk membayar lebih awal – memberi positif cashflow untuk bisnes – dengan menawarkan tawaran. atau potongan/rebate harga khas jika mereka membayar lebih awal.

5) CashFlow vs Untung (Profit)

Sebilangan besar orang berpendapat bahawa rahsia kejayaan bisnes adalah UNTUNG!, UNTUNG!, UNTUNG! Tetapi sebenarnya, ini semua adalah mengenai bagaimana pengurusan cashflow bisnes. Sentiasa periksa Untung bisnes vs break even point ( titik pulang modal) . Sekiranya untung lebih dari break even , namun duit masih terasa ketat dan di hujung-hujung nyawa, kemungkinan bisnes menghadapi masalah dengan hutang yang perlu dibayar ke supplier , duit yang belum dibayar oleh customer, hutang supplier lebih dari hutang customer

6) Assignkan seseorang untuk pantau cashflow

Memantau (monitor) cashflow bisnes adalah tugasan penting dalam memiliki bisnes, tetapi bukan satu-satunya perkara yang bisnes owner fokuskan. Dapatkan pekerja /team yang dipercayai untuk mengurus pemantauan cashflow bisnes setiap hari — pastikan bisnes owner sentiasa mengetahui nombornya sebaiknya setaip hari di waktu pagi hari ,

7) Upgrade dari Manual > Spreadsheet > Software

Beberapa dekad yang lalu, dalam bisnes perlu mencatat setiap transaksi secara manual untuk memantau cashflow. Hari ini, dengan adanya kelebihan teknologi, jadi gunakannya! Simpan spreadsheet dalam google drive , dropbox etc supaya mudah diaksess , atau lebih baik lagi, gunakan perisian perakaunan yang mudah dan ringkas.

8) Naikan Jualan Dengan Promosi Pelanggan Atau Galakan Insentif Team Sales

Promosi adalah kaedah terbaik untuk meningkatkan penjualan dengan cepat dan berkesan. Buat promosi peraduan, memulakan program “customer referral” dan “customer loyalty” atau meningkatkan publisiti/branding melalui media sosial yang strategik.

Berikan insentif menarik dan tetapkan target untuk setiap team sales yang perlu capai . Jika mereka capai lebih dari yang mereka target , maka mereka akan dapat insentif tambahan Bila set target untuk team sales pastikan pantau pencapaian mereka secara harian, mingguan , bulanan dan berikan semangat dan guidance untuk mereka capai lebih dari target mereka.

Mengosongkan inventori yang belum jual sangat-sangat dapat membantu untuk ada cashflow sihat. Cuba gunakan penjualan diskaun dan promosi yang dirancang untuk memindahkan produk inventori secepat mungkin.

9) Kawal duit keluar, kos dan belanja

Nak bawa duit masuk selalu menjadi strategi pengurusan cashflow yang baik, kepentingan untuk mengawal mengurangkan kos dapat mencapai hasil yang serupa dengan cara yang berbeza.

Sekiranya ada pembayaran yang akan datang, semak dan lihat apakah yang boleh berunding dengan supplier untuk menangguhkan bayarkan (terma kredit ). Penangguhkan bayaran selama mungkin, tetapi hanya beberapa minggu atau bahkan beberapa hari boleh mempengaruhi cashflow anda dengan ketara.

Semak dahulu belanja dan kos bisnes sekiranya tidak mampu membayar pekerja sepenuh masa, ambil pekerja sambilan untuk kawal belanja bisnes. Sekiranya anda mempunyai peralatan yang tidak digunakan, kurangkan kos penyimpanan (dan bawa sejumlah wang tambahan) dengan menyewa atau menyewakan peralatan. Cari cara lain untuk meningkatkan margin keuntungan anda – pembekal yang lebih murah dan harga yang lebih tinggi adalah tempat yang baik untuk bermula. Nego dengan supplier untuk dapatkan harga pukal dan sebagainya

10) Kosongkan inventory

Mengosongkan inventori yang berlonggok dan inventori lama benar-benar dapat membantu memulakan cashflow yang sihat. Cuba gunakan penjualan diskaun dan promosi yang dirancang untuk memindahkan produk secepat mungkin, contoh terbaik seperti promosi ini “JUMBO SALES – Warehouse Clearance”

jumbo sale clearance for al-ikhsan - duniainiumpamakanvas

Kesimpulan

Tidak semua strategi ini berfungsi untuk setiap bisnes, jadi pilih strategi yang paling sesuai untuk bisnes anda. Bisnes owner boleh menggabungkan strategi yang bersesuaian dengan bisnes anda (mix and match) – apa sahaja yang diperlukan untuk meningkatkan cashflow bisnes. Lakukan dengan jayanya, dan syarikat anda mungkin dapat bertahan dan berkembang walaupun dalam keadaan ketidakstabilan kewangan.

Faridah Aisah Hanif Francis
Financial Butler

ClubHouse | Episod 4 | 21 Jul 2021

Leave the first comment