Checklist
Sediakan pen dan kertas dan tulis atas kertas jawapan-jawapan bagi checklist fasa awal mula bisnes
Bila buat keputusan nak berniaga berikut adalah senarai checklist yang perlu buat
- Apa tujuan nak but bisnes – BIG WHY?
- Nak jual apa? Produk atau service – bisnes idea
- Nak jual kepada siapa ? nak selesai masalah siapa? Target Customer – Kanak-kanak , ibubapa, dewasa bekerja , lelaki / perempuan
- Nak jual di mana? Online atau Offline -di kedai atau rumah
- Apa nama bisnes ? Nama sendiri ( Rahim bin Mohammad) atau Nama Khas ( Rizq Trading)
- Buat sedikit analisa pemasaran dan research bisnes yang nak dibuat berapa jualan, berapa untung – perkara ni boleh tanya kawan-kawan buat bisnes atau tanya mentor/consultant bisnes
- Berapa modal diperlukan? – Buat sedikit pengiraan duit modal ini nak guna untuk apa?
- Dari mana nak dapatkan modal ? Guna duit sendiri , cara funder/pelabur (investor)
- Belajar ilmu pengurusan bisnes – boleh baca atu hadir sesi ilmu secara fizikal / online ( boleh pilih yang percuma atau berbayar)
- Pergi ke SSM atau login ke portal SSM (ebiz) untuk daftar bisnes
- Pergi beli chop , pastu gi bank untuk buka akaun bank untuk bisnes .
- Mulakan operasi pengurusan bisnes
Ini adalah perkara asas untuk memulakan sebuah bisnes dan memastikan bahawa anda bersedia untuk menghadapi cabaran yang akan datang.
Pematuhan Bisnes
Satu perkara lagi adalah bagus untuk dapatkan ilmu pengurusan bisnes. Ambil tahu apakah pematuhan-pamantuhan dalam bisnes seperti
- SSM
- KWSP
- PERKESO
- LHDN
- HRDCorp
- Lesen Perniagaan Majlis Perbandaran
Bilamana sudah ada ilmu berbisnes ianya akan bantu dalam membuat keputusan serta ianya akan bantu bisnes untuk mula operasi
The beginning of Business Management – inilah fasa awal dalam permulaan sebelum bisnes mulakan operasi.
Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan untuk yang nak mila bisnes – Startup. bagi yang sudah bermula mungkin ada perkara yang belum dibuat lagi , jadi ambil langkah untuk perbaiki dan buat pembetulan .
Jika ada topik atu persoalan lain boleh tinggalkan komen di ruang komen dan saya akan reply
Dari Pena Digital
Faridah Hanif Francis