Nak Tukar Enterprise ke Sdn Bhd? Jangan Ikut Orang, Check Dulu “Nafas” Cashflow Korang!

Ramai usahawan SME rasa “stuck” bila bisnes dah mula besar. Nak stay Enterprise tapi cukai makin mahal, nak tukar Sdn Bhd tapi takut kos pengurusan tinggi.
Sebenarnya, Sdn Bhd ni bukan untuk semua orang. Sebelum korang hantar dokumen kat CoSec, pastikan bisnes korang dah “lepas” syarat realistik ni:
- Sales Dah Main 6-7 Digit: Kalau sales setahun masih bawah RM100k, baik fokus naikkan jualan dulu. Tapi kalau dah cecah angka sejuta, struktur Sdn Bhd lebih selamat untuk lindungi risiko korang.
- Untung Bersih 6 Digit: Ini “sweet spot” untuk jimat cukai. Bila untung dah RM150k ke atas, kadar cukai Sdn Bhd biasanya lebih rendah berbanding kadar cukai individu.
- Cashflow Kena ‘Cun’ (6 Digit juga!): Ni paling penting! Sdn Bhd perlukan cash dalam tangan yang tebal. Kenapa? Sebab korang kena bayar gaji sendiri secara rasmi, caruman KWSP/SOCSO, bayar yuran audit, CoSec, dan cukai estimate (CP204) setiap bulan tanpa gagal.
Kesimpulan: Sdn Bhd ni ibarat bawa lori besar. Minyak kena kuat, penyelenggaraan kena jaga. Kalau akaun masih tunggang-langgang, kemaskan dulu sebelum upgrade!
Pening nak kira matematik bisnes korang? Biar pakar kami di www.starz.my bantu analisa kesediaan bisnes korang untuk transisi yang lebih lancar.
