4 Kesalahan biasa dilakuan oleh bisnes owner

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada masa sekarang dengan keadaan kos kehidupan yang semakin meningkat ,ramai yang mula berniaga tetapi tidak tahu cara yang betul untuk mengurus kewangan perniagaan untuk nampak hasil dari perniagaan sama ada untung atau rugi.

Ramai yang berniaga tahu mengenai sales dan marketing tapi kenapa ramai yang ini tiada sistem pengurusan kewangan yang betul?

Keuntungan dan Kerugian tidak diketahui kerana mereka pakar dalam buat sales dan marketing tapi bukan pakar dalam mengurus kewangan perniagaan.

4 kesalahan yang biasa dilakukan adalah:

1) Tidak ada rekod perniagaan, hanya tengok baki akaun bank ada duit  ,bila tiada duit ambil je dari dari akaun bank bisnes untuk tujuan peribadi.
2) Tidak ambil tahu mengenai Aliran Tunai perniagaan
3) Tidak pandai untuk kenalpasti sumber duit masuk dan sumber duit keluar
4) Tidak tahu menyimpan rekod urusniaga perniagaan.

Maka kerana itu setiap peniaga wajib faham atau buat :

1) Cara merekod urusniaga duit keluar masuk dengan betul
2) Cara bagaimana untuk tentukan harga sesuatu barang selepas mengambil kira semua kos dan belanja.
3) Cara untuk mengira dan membaca penyata kewangan iaitu

a. Penyata Untung atau Rugi
b. Penyata Kunci Kira-Kira
c. Penyata Aliran Tunai.

Pemilik perniagaan boleh ada pekerja yang bantu untuk menyediakan item 1, tapi wajib untuk mereka tahu dan faham item 3, kerana dari situ mereka boleh tahu perniagaan mereka sihat , sakit atau tenat.

sumber gambar dari https://bassamsalem.com
sumber gambar dari https://bassamsalem.com

Maka pemilik perniagaan perlu tahu kedudukan kewangan perniagaan masing-masing , adakah bisnesnya untung , kalau untung bagaimana nak memaksimumkan keuntungan. Kalau rugi kenapa rugi , produk mana yang rugi , apa yang perlu dibuat .

Jika ada pengurusan kewangan yang bersistem , in shaa Allah anda boleh tahu kesihatan kewangan perniagaan anda.

Dengan adanya teknologi yang canggih pada masa sekarang , cara untuk mengurus kewangan boleh dilakukan dihujung jari anda bila-bila sahaja. Tetapi jika anda masih ingin gunakan cara tradisional untuk merekod urus niaga perniagaan pun boleh juga …

Jika anda ingin tahun cara mudah untuk urus kewangan perniagaan anda tinggalkan komen anda diruang komen, saya sedia membantu anda.

17 comments

  • abu abuadam

    salam puan. Saya in charge of kewangan sebuah NGO kebajikan yang biasa-biasa yg berdaftar dg ROS. kami buat kempen atau projek kebajikan, duit masuk ialah dana orang ramai dan duit keluar ialah sumbangan kpd asnaf. tiada untung, hanya break-even. kos operasi sangat minimum sbb semua kerja sukarela. pengerusi NGO suruh kosangkan tabung at the end of the kempen period. very clean account. soalan saya apakah rekod kewangan yg perlu disimpan utk bisnes spt kami. adakah derma dikira pendapatan? adakah sumbangan kpd asnaf dikira perbelanjaan? mohon penjelasan. saya budak baru belajar.

    • A

      Walaikumussalam terima kasih kerana sudi singgah di post ini.

      1) Berdaftar dengan ROS – apa syarat-syarat laporan yang perlu dilaporkan kepada ROS.

      2) Duit masuk dana yg diterima – rekod sebagai pendapatan (duit terima ada rekod terima dari siapa nama penyumbang?)

      3) Duit keluar sumbangan kepada asnaf – rekod sebagai kos (sumbangan kepada asnaf ada payment voucher , bayaran dibuat kepada siapa , bukti duit diterima oleh asnaf mesti ada.

      4) Belanja operasi – rekod apa belanja operasi dan bayar kepada siapa , serta dokumen resit , payment voucher serta bukti duit dibayar kepada siapa

      5) Selepas buat perkara di atas perlu sediakan Penyata Untung Rugi dan Penyata Kunci Kira-Kira.

      6) NGO tuan ni adalah diamanahkan untuk uruskan derma dari penyumbang dan sampaikan kepada asnaf . Maka sebagai pemegang amanah perlu ada panduan (boleh rujuk dengan ROS) bagaimana duit sumbangan akan dibahagikan utk sumbangan asnaf , operasi dan perlu dibuat secara bertulis

      7) Akhir sekali selepas tamat setaip kempen perlu buat pelarasan mengikut item 6

      8) Hantar semua laporan kewangan dan dokumen untuk diaudit (ini bergantung kepada panduan ROS).

      Paling penting adalah MESTI simpan semua dokumen resit, bil , bank statement , rekod buku tunai (transaksi tunai), duit masuk mesti ada rekod dan resit bayaran diterima

      Harap jawapan ni dapat bantu tuan . Terima kasih .

  • MOHD AFENDY IZANI ARIZAL

    Salam. Saya berminat untuk untuk mendapatkan bantuan Puan dalam menyediakan penyata kewangan & cukai perniagaan. Boleh hubungi saya di 013-3424542 atau email [email protected].
    Tq

  • boleh kah bayaran pinjaman bank di tuntut dalam penyata untung rugi

  • MD FAZLAN BIN MUSA

    saya berminat nak tahu sistem apa yang sesuai utk newbie mcm saya.. Boleh whatsapp sy 0192780079

  • hai sye da lme dlam bidang perniagaan tetapi bru nak belajar cara menguruskan kewangan

    • A

      alhamdulillah bagus tu . boleh Cik Afifah , masih belum terlambat lagi . Boleh mula dari sekarang . Kami ada buat sesi free online consultation utk 1 jam , jika berminat boleh email ke saya

      [email protected]

      Nama
      No Tel
      Email
      Nama Bisnes

      sy akan hubungi Cik Afifah terima kasih

  • Muaazzam

    Saya nak tahu cara mengurus kewangan syarikat

  • saya masih baru dlm bidang perniagaan.. saya mahu belajar cara menguruskan kewangan syarikat

  • Saya ingin tahu

    • A

      Assalamualaikum

      Boleh hadir seminar sistem kewangan atau coaching

      Saya akan kongsikan langkah asas untuk urus duit bisnes dan 4 report kad dalam bisnes yang akan bantu pengurusan kewangan.

      Juga akan ajar cara guna sistem perakaunan yang simple dan mudah . Dan yang paling bagus sistem ini adalah percuma.
      Terima kasih

Leave your comment