4 Langkah Mudah Urus Duit Bisnes

KENAPA BUAT BISNES?

Bila sesorang membuat keputusan untuk berbisnes , tulis dengan jelas

  • Apa tujuan / maltlamat anda berbisnes (Impian – Big Why)
  • Berapa dan banyak mana yang ingin dicapai (Nilai Bisnes )
  • Bagaimana nak capai (Strategi Bisnes)
  • Untuk tempoh berapa lama nak buat bisnes
  • Umur berapa nak pencen (Exit plan)

Bisnes owner ramai mahir berniaga , perkara asas dalam bisnes terbahagi kepada 2 struktur

  • CARA BUAT DUIT (Sales, Operasi/Production , Marketing)
  • CARA URUS DUIT (Akaun, HR , Admin)

Ini adalah 2 perkara bisnes owner mesti faham dan bersedia bila berniaga

Bahagian Buat Duit Bisnes ramai bisnes owner dah mahir , ada sebahagian yang bisnes owner part Urus Duit Bisnes ni perlu diberi perhatian.

Bisnes owner kadang-kadang ada rasa macam eh ini duit bisnes aku , kalau aku bagi dekat staff untuk handle nanti dia tahu semua pergerakan duit bisnes dalam bisnes . Ini perkara biasa dalam bisnes , baru nak mula pastu nak bagi orang lain urus , awal-awal bisnes Urus Duit Bisnes , owner sendiri akan buat sendiri cumanya ada kekangan masa – tak sempat – lupa – takde masa .

Untuk bisnes baru mula ni ya mula-mula buat sendiri , once bisnes dah maju dan nak grow dapatkan satu staff yang amanah dan boleh dipercayai , boleh simpan rahsia angka-angka ni dan mula delegate tugas-tugas Urus Duit Bisnes ini

4 Langkah Mudah Urus Duit Bisnes

1- ASINGKAN DUIT BISNES DAN DUIT PERIBADI

  • Buka akaun Bank untuk tujuan bisnes (Current Account)
  • Buka saving akaun bank untuk peribadi

*Bank statement print dan simpan setiap bulan (softcopy and hardcopy)

2 – DUIT MASUK (KENALPASTI DAN REKOD)

  • Rekod semua duit masuk
  • Kenalpasti ianya jualan , modal , customer bayar hutang dan lain-lain
  • Jika jualan /customer bayar pastikan ada resit/invoice
  • Juga kenalpasti duit masuk itu cash atau bank

3 – DUIT MASUK (KENALPASTI DAN REKOD

  • Rekod semua duit keluar
  • Catit tujuan bayaran untuk apa >kos belian , belanja operasi , bayar hutang , beli aset dan lain-lain.
  • Pastikan setiap bayaran dibuat ada resit/bil dan sediakan baucer bayaran dan simpan semua rekod selama 7 tahun untuk tujuan cukai )
  • Kenalpasti duit keluar ini cash atau bank

4 – AMBIL GAJI UNTUK DIRI SENDIRI

  • Ambil Gaji dan rancang cukai dan zakat
  • Ambil gaji mengikut keperluan dan bukan kehendak
  • Rancang simpanan hari tua
    • Tips: Cara nak tentukan gaji
      • Senaraikan keperluan diri/keluarga
      • Sewa rumah / loan rumah
      • loan kereta
      • duit bagi mak ayah
      • duit untuk simpanan
      • duit makan/minum sebulan
      • duit petrol /tol
      • duit internet
      • duit insuran
      • Jumlah = xxxx

Langkah pertama adalah langkah yang paling penting dalam bisnes , buat secara consistent langkah pertama , slowly buat langkah-langkah seterusnya , in shaa allah ada peluang untuk grow bisnes anda. Jika langkah pertama bisnes owner gagal – maka lebih baik anda bekerja makan gaji sahaja.

Pena Digital

Faridah Hanif Francis

Leave the first comment