5 Cuti Untuk Pekerja Berdasarkan Akta

Masuk tahun baru ni, mesti HR dah renew cuti, bukan? Berapa Annual Leave (AL) yang terkumpul tahun ni? Bukan ke best kalau dapat plan cuti dengan lebih terancang, tambah-tambah lagi kalau dapat tambah cuti yang lebih panjang. Tahu tak ada 5 jenis cuti utama yang pekerja berhak tuntut selain AL mengikut Akta Pekerja 1955.

Cuti Umum Bergaji

1. Cuti Umum Bergaji

Mungkin ada yang sudah tahu bahawa cuti kelepasan am yang jatuh pada hari Ahad akan dipindahkan ke hari bekerja seterusnya, iaitu Isnin. Dan seterusnya, jika hari Isnin juga merupakan cuti umum, ia akan dipinda ke hari Selasa pula!

Seksyen 60D Akta Kerja 1955, memperuntukkan sejumlah 11 hari bagi cuti am sepanjang tahun di mana terdiri daripada 5 hari wajib dan 6 hari yang dipilih majikan. Antara 5 daripadanya adalah:

2. Cuti Tahunan Bergaji

Mengikut Seksyen 60E (3B) termaktub di dalam Akta kerja 1955, bilangan cuti tahunan yang diperuntukkan tidak sah sekiranya pekerja gagal hadir bekerja tanpa alasan munasabah sebanyak 10% daripada jumlah kehadiran sepatutnya bagi tahun perkhidmatan semasa.

Cuti Tahunan Bergaji

3. Cuti Sakit Bergaji

Mungkin masih ada yang tidak tahu, sekiranya anda jatuh sakit, anda layak mendapat cuti sakit bergaji. Menurut Seksyen 6F, Akta Pekerja 1955, pekerja berhak menerima cuti sakit seperti tertera di bawah:

  • Perkhidmatan kurang 2 tahun, 14 hari
  • Genap 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun, 18 hari
  • 5 tahun dan lebih, 22 hari

Sebagai tambahan, jika pekerja memerlukan rawatan di hospital juga dia berhak mendapat cuti bergaji tidak melebihi 60 hari.

Cuti Sakit Bergaji

4. Cuti Bersalin

Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 telah meluluskan fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin untuk pekerja wanita yang mengandung sebanyak 98 hari. Mereka juga berhak mendapat elaun bersalin dengan kadar gaji biasa mengikut syarat kelayakan seperti berikut:

  • Anak tidak melebihi 5 orang
  • Dalam perkhidmatan tidak kurang dari 90 hari (3 bulan) dalam tempoh 9 bulan mengandung
  • Diambil bekerja dalam tempoh 4 bulan sebelum bersalin
  • Memaklumkan tarikh mula bersalin dalam tempoh 60 hari sebelum (jika tidak ada makluman, majikan berhak menyekat elaun bersalin)
  • Usia kandungan tidak kurang 22 minggu (5 bulan 14 hari) – sama ada bersalin, gugur, hidup atau mati.

Cuti Bersalin

5. Kelayakan Cuti Pilihan

Sebagai tambahan kepada kelayakan cuti wajib, terdapat jenis cuti lain di Malaysia, yang secara amnya tidak dibayar dan tertakluk kepada kelulusan majikan. Ini termasuk:

  1. Cuti paterniti: pekerja awam layak mendapat 7 hari cuti paterniti bergaji, yang disediakan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 tahun 2002, manakala pekerja sektor swasta tidak layak dan hanya boleh mengambil cuti tanpa gaji.
  2. Cuti belas kasihan atau kehilangan: biasanya diberikan selama 1-3 hari.
  3. Cuti kahwin: boleh diberikan selama 1-3 hari.
  4. Cuti belajar: tertakluk kepada kelulusan majikan, diberikan untuk tempoh latihan atau peperiksaan pekerja.

Kelayakan Cuti Pilihan


Walaupun Akta Kerja menjamin yang anda akan dapat juga upah bila bercuti untuk sebab tertentu, anda juga sebenarnya akan berhadapan dengan masalah jika salah guna cuti-cuti yang dah diberikan. Nak tahu pelbagai lagi ilmu dalam dunia pekerjaan dan pernigaan? Jom singgah di Starz Excellence, rakan strategik anda!

Leave the first comment