
Untuk mengendalikan rekod buku tunai (cashbook) dengan baik, beberapa cara yang boleh digunakan :
- Buka buku tunai: Buka buku tunai baru untuk setiap tahun yang berasingan, dan mulakan dengan jumlah wang yang ada pada awal tahun. (Jika menggunakan excel save excel buku tunai (cashbook) dengan tahun sekali contoh nama 2023 Cashbook, 2022 Cashbook etc etc
- Rekod transaksi secara berkala: Rekodkan setiap transaksi buku tunai (cashbook) secepat mungkin, termasuk tunai masuk, tunai pengeluaran, dan pemindahan wang (transfer cash to bank, bank to cash).
- Gunakan penanda tarikh: Pastikan untuk menulis tarikh untuk setiap transaksi untuk memudahkan pemeriksaan balik jika diperlukan.
- Sertakan butiran: Sertakan butiran untuk setiap transaksi, termasuk nama penerima atau pemberi, jumlah wang, dan sebab transaksi.
- Totalkan jumlah: Totalkan jumlah tunai masuk dan pengeluaran setiap bulan untuk memastikan bahawa rekod buku tunai anda betul dan dapat sama dengan baki di bank dan tunai ditangan (perlu kira duit tunai ditangan sama dengan apa yang direkod). Tunai masuk tolak pengeluaran = BAKI TUNAI
- Simpan dokumen penting: Simpan dokumen penting seperti resit dan nota pembayaran berkaitan dengan transaksi buku tunai untuk rujukan masa depan untuk kira untung rugi , kedudukan kewangan serta untuk tujuan audit (LHDN dan juga audit akaun)
Dengan melakukan langkah-langkah ini, anda akan memastikan bahawa rekod buku tunai anda teratur, tepat, dan dapat dipercayai.
Ini membantu memastikan rekod buku tunai anda benar dan reliable, sehingga permudah untuk mengurus kewangan bisnes anda
Dapatkan Template buku tunai (cashbook) percuma dilink ini – BUKU TUNAI – CASH BOOK – Starz Excellence Sdn Bhd
Pena Digital
Faridah Hanif Francis