7 ANGKA KEWANGAN BISNES ENTREPRENUER MESTI TAHU
Yahya seorang entrprenuer yang telah mula berniaga sejak 2 tahun yang lepas . Yahya telah mulakan perniagaan dengan sejumlah wang yang agak besar. Selama setahun Yahya telah bertungkus lumus buat operasi bisnes untuk memastikan bisnes Yahya akan berada dalam keadaan sihat. Semua kerja-kerja pengurusan dan operasi bisnes Yahya buat sendiri hingga tidak ada masa untuk urus kewangan bisnes Yahya.
Pada akhir tahun kedua Yahya mula mengadu kepada kawan dia Amin
Yahya :Amin, Aku dah keluarkan modal yang banyak, tapi aku tak tahu duit aku pergi mana. Tahun lepas duit aku banyak lagi tapi sekarng duit aku sekarang dah mula berkurang.
Amin : Yahya , kau bisnes ini duit bisnes siapa jaga ?
Yahya : Akulah jaga tapi aku mana sempat nak buat semua . Aku tengok akaun bank aku duit ada lagi , jadi aku rasa bisnes aku ok je , tapi makin lama duit bisnes aku makin susut. Macam mana ya?
Amin : Aku nak kongsi sikit . Bila kau dah buat bisnes kau mesti ambil tahu mengenai 7 Rahsia Angka Kewangan Bisnes
-
Cash Flow– Cash flow ini aliran tunai masuk dan keluar bisnes yang sangat penting . Inilah adalah nyawa bisnes
-
Pendapatan Bersih – Pendapatan Bersih segala pendapatan diterima tolak semua kos dan belanja bisnes termasuk bayaran cukai dan zakat dan anda boleh tahu sama ada bisnes anda buat duit atau kehabisan duit
-
Penyata Untung atau Rugi – Penyata Untung Rugi yang membongkarkan rahsia pendapatan tolak kos dan belanja untuk satu tempoh masa iaitu bulanan atau tahunan yang diguna untuk membuat unjuran dan perancangan masa depan bisnes anda
-
Jualan – Jualan penting untuk bisnes dan mesti di pantau hari-hari , jika jualan turun akan ada masalah and and kena buat sesuatu untuk naikan jualan . Jika jualan naik perlu analisa apa punca jualan naik , dengan cari ini anda boleh perbaiki dan fikirkan cara untuk naikan jualan lagi
-
Harga Jualan- Harga jualan mesti mengambil kira segala kos jualan untuk kira untung
-
Margin Untung Kasar – Untung kasar adalah segala jualan tolak kos jualan yang akan menentukan adalah ianya cukup untuk membayar belanja-belanja oeprasi seperti gaji, merketing dan pentadbiran pejabat.
-
Inventori – Pantau inventori jika inventori terlebih buat sesuatu untuk kurangkan inventori. Jika inventori semakin berkurang ini bagus sebab tanda jualan baik tetapi jangan lupa untuk top up inventori
Sumber : Website American Express Company