Struktur satu perniagaan dibahagi kepada 2 banhagin iaitu bahagian buat duit bahagian urus duit . Setiap bahagian ini ada unit masing-masing dimana digital tools ini dapat digunakan dalam pengurusan bisnes . Penggunan digital tools dapat membantu bisnes untuk menjimatkan masa , kos , meningkatkan produktiviti , effisensi serta memboleh menyimpan data centralised untuk membuat keputusan yang berkualiti dan baik.
Berikut adalah beberapa jenis digital tools yang sering digunakan untuk membantu pengurusan bisnes:
- Sistem CRM (Customer Relationship Management) – membantu dalam mengendali hubungan dengan pelanggan dan memantau feedback pelanggan. Contoh – Salesforce, Hubsport, Zoho , Office Central CRM
- Project Management software – membantu dalam mengatur , mengawasi pelaksanaan , memantau projek, memastikan bahawa semua tugas selesai tepat pada masanya dan mengikut jadual perancangan. Contoh Asana, Trello, Monday.com.
- Software akaun / HR – membantu dalam memproses transaksi kewangan dan mengeluarkan invois / quotation / receipt / payment voucher dan juga laporan kewangan secara automatik. Manakala sistem HR mempercepat proses pengiraan gaji , merekod kedatangan staff dan banyak lagi. Contoh Xero , Quickbook , Financio , Bukku Akaun, Payroll Panda , Kakitangan , Office Central .
- Platform kolaborasi dan komunikasi – seperti Slack atau Microsoft Teams, membantu dalam teamwork dan komunikasi antara staff / team dalam bisnes
- Platform e-dagang – seperti Shopify Woocommerce atau Magento, membantu dalam memasarkan dan menjual produk secara dalam talian.
- Alat automasi pemasaran – seperti Hootsuite ,Constant Contact, Sendinblue , Whatapps Busniess atau Mailchimp, membantu dalam membuat dan menjalankan kempen pemasaran secara automatik.
- Tools analisis data dan bisnes intelligence – seperti Tableau , Looker Studio , Microsoft Power BI atau Google Analytics, membantu dalam menganalisis data perniagaan dan membuat keputusan bisnes yang lebih bijak.
Penggunaan digital tools ini dapat membantu pengurusan bisnes untuk menjimatkan masa, meningkatkan produktiviti dan efisiensi, dan membuat keputusan bisnes yang lebih baik.
Mulakan menggunakan digital tools dalam bisnes .
Mulakan perjalanan bisnes untuk transfomasi ke digital
Mulakan sekarang kerana ianya mudah , cepat dan jimat kos
Good luck in your Digital Transformation Journey…. Saya dah mula , sudahkah anda mula?
Pena Digital
Faridah Hanif Francis