Tidak kira apa juga perniagaan yang dilakukan adalah lebih baik untuk asingkan duit peribadi dan duit perniagaan kerana dengan cara ini akan membantu untuk majukan bisnes yang dilakukan. Mana tahu ada individu yang berminat untuk beli atau melabur dalam bisnes yang anda.
Jangan bimbang jika anda belum asingkan rekod kewangan peribadi dan perniagaan ; masih belum terlambat lagi untuk mulakannya dari sekarang
- Sediakan akaun bank yang berasingan
Jika ada akaun bank yang berasingan adalah lebih mudah ; 1 akaun untuk peribadi , 1 akaun untuk bisnes. Pastikan semua transaksi dilakukan melalui akaun bank terutama transaksi untuk bisnes dan elakan transaksi tunai, dengan cara ini boleh mengelak berlaku kebocoran duit bisnes anda. Segala transaksi ada dalam penyata bank dan boleh membantu untuk menyediakan penyata kewangan bisnes anda. - Asingkan resit-resit dalam kotak berasingan
Satu kotak untuk resit-resit peribadi dan satu untuk resit-resit bisnes, ianya akan membantu ketika hendak buat penyata kewangan dan juga untuk pengiraan cukai . - Gajikan diri anda sendiri, pada had yang minimum
Keluar cek atas nama sendiri dengan jumlah yang sama setiap bulan boleh membantu untuk mengawal bajet perniagaan. Gunakan duit gaji ini untuk belanja peribadi seperti beli barang dapur, pakaian , duit sekolah anak dan lain-lain belanja peribadi. - Tentukan bajet untuk bisnes
Biasanya bila duit bisnes tidak cukup ( duit rolling tak cukup) , kita akan ambil duit peribadi untuk top up duit bisnes dan lupa untuk pulangkan semula. Jika ada bajet yang jelas ianya akan membantu untuk mengurus kewangan bisnes. - Pastikan keluarga anda dan rakan-rakan memahami status bisnes
Anda buat bisnes bukan seorang , tetapi akan melibatkan keluarga dan kawan-kawan , pastikan meraka faham status bisnes anda untuk mengelakan masalah di masa akan datang. Ini biasanya dikaitan jika ada yang ingin pinjam duit atau ambil barang untuk kegunaan sendiri. - Memahami belanja perniagaan untuk siapa
Antaranya belanja entertainment , makan dan perjalanan perlu dikenalpasti ianya untuk bisnes atau peribadi. Contoh jika makan malam bersama keluarga dan kawan-kawan bukanlah layak untuk dikategori sebagai belanja bisnes , kalau belanja client atau staff ianya adalah belanja bisnes - Lukis garisan antara rumah dan pejabat anda
Jika bekerja dari rumah ,wujudkan division (unit) antara pejabat dan rumah, dengan cari ini membolehkan anda untuk membuat tuntutan untuk belanja seperti bil elektrik, ruang sewa sewa sekurang-kurangnya dengan cara ini dapat kurangkan belanja peribadi. Sebahagian belanja untuk bisnes dan sebahagian belanja untuk peribadi. - Menyimpan rekod penggunaan bisnesKereta adalah milik peribadi , tetapi kereta ini juga diguna untuk bisnes, jika guna kereta untuk tujuan meeting atau jumpa client rekodkan ianya untuk bisnes supaya boleh buat tuntutan dari bisnes. Sudah tentu , kehidupan akan menjadi lebih mudah jika ada kereta yang berasingan untuk bisnes.
- Bercakap dengan profesional kewangan.
Jika ada maaalah untuk mengkelaskan perbelanjaan atau tiada masa yang untuk mengurus kewangan bisnes dan peribadi, berjumpa dan ceritakan masalah ini kepada pro kewagan , mungkin pro ini boleh bantu untuk wujudkan satu satu sistem yang berfungsi untuk membantu anda mengurus kewangan bisnes dan peribadi.
Perlu di ingat asingkan duit peribadi dan duit bisnes adalah satu perkara yang penting yang perlu dalam mengurus kewangan bisnes, jika anggap semua duit bisnes adalah duit peribadi akan berlaku masalah dimasa akan datang dan bisnes tidak boleh berkembang malahan mungkin boleh jatuh bankrup.
Jika anda masih belum mula asingkan duit peribadi dan duit bisnes, masih belum terlambat lagi … Jom mulakan sekarang.
1 comment