
Bila kita membuat keputusan untuk berniaga kita perlu bersedia pada awal bisnes kitalah yang buat segala urusan bisnes .
Kita beli stok
Kita ambil order
Kita pack barang
Kita jawab semua message customer
Kita check duit sales
Kita buat bayaran duit keluar
Kita kira stok
Semualah kita , CEO phasa 1 – “CHIEF EVERYTHING OFFICER”
Jika urusan untuk membuat duit (part sales , marketing dan operation , bisnes owner dah mahir . part nak urus duit bisnes ni yang terlepas pandang . Janji duit baki dalam bank ada cukup dah tu.
Bila dah ada niat untuk buat bisnes part urusa duit juga penting .
Untuk mengurus duit bisnes, 6 perkara pertama yang perlu dilakukan adalah:
- Menentukan anggaran bisnes: buat anggaran bulanan atau tahunan dan pastikan pengeluaran tidak melebihi pendapatan.
- Menetapkan sistem akaunting: pastikan sistem akaunting yang baik dalam pemantauan pendapatan dan pengeluaran.
- Menyimpan catatan yang terperinci: pastikan catatan dibuat untuk setiap transaksi kewangan.
- Membuat penyata kewangan bulanan: buat penyata kewangan untuk memantau prestasi bisnes dan membuat keputusan kewangan yang bijak.
- Menetapkan objektif kewangan: tentukan objektif jangka panjang dan pendek untuk bisnes dan usahakan untuk mencapainya.
- Melabur: berikan peluang untuk memperluaskan dan membangunkan bisnes dengan melabur dalam peluang yang sesuai.
Ini adalah beberapa perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengurus duit bisnes dengan baik. Sumber kewangan yang stabil dan pengurusan yang bijak akan memastikan kelangsungan hidup dan kejayaan bisnes.
Jika anda ada niat untuk buat bisnes atau dan buat bisnes tapi belum urus duit bisnes lagi , perlukan bantuan boleh kita sembang-sembang just isi borang dibawah ni
Pena Digital
Faridah Hanif Franics