Cash Flow Statement = Penyata Aliran Tunai
Cash Flow menunjukan aliran duit masuk dan duit keluar mengikut 3 kategori untuk satu tempoh masa yang ditentukan.
- Kategori OPERASI – Aktiviti untuk menjana keuntungan dan penggunaan aset yang memberi kesan kepada tunai
- Kategori PEMBIAYAAN – Aktiviti yang menunjukan liabiliti diwujudkan , sumbangan modal , bayaran balik pinjaman yang memberi kesan kepada tunai
- Kategori PELABURAN – Aktiviti belian dan jualan aset yang memberi kesan kepada tunai
sumber gambar dari : www.gladfish.com
Positif vs. Negatif
- Cash flow Operasi – adalah dari aktiviti yang terdapat dalam Penyata Untung Rugi (aktiviti tunai sahaja)
- POSITIF Cash flow Operasi menunjukan JUALAN dari perniagaan boleh menampung semua aktiviti operasi perniagaan
- Bila Cash Flow Operasi NEGATIF , cash flow dari aktiviti pembiayaan dan pelaburan terpaksa menampung kekurangan tunai dari aktiviti operasi jika tidak perniagaan akan berada dalam keadaan tenat kerana tunai akan habis cepat seperti yang ada dalam Penyata Kunci Kira-Kira
Contoh
A-1 Sdn Bhd sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan IT
- RUGI bersih -$100,000 dalam Penyata Untung Rugi pada suku tahun pertama
- A-1 Sdn Bhd menjual sebahagian dari aset ( peralatan computer ) untuk menunjukan aktiviti cash flow Pelaburan positif sebanyak $50,000
- A-1 Sdn Bhd juga telah membuat pinjaman jangka panjang $40,000 dan membayar $5,000 untuk pinjaman yang sediada, dimana cash flow Pembiayaan jadi positif $35,000
- Dengan ini kedudukan cash flow untuk suku tahun pertama adalah negative , $15,000
PENYATA ALIRAN TUNAI UNTUK TEMPOH SUKU PERTAMA TAHUN XXXX
Aktiviti | Duit Masuk | Duit Keluar |
Aktiviti Operasi (Rugi Bersih) | -$100,000 | |
Aktiviti Pelaburan (Jual Aset) | $50,000 | |
Aktiviti Pembiayaan (Loan baru dan bayar balik loan) | $40,000 | -$5,000 |
JUMLAH | $90,000 | -$105,000 |
BAKI CASH FLOW (duit masuk – duit keluar) | -$ 15,000 | |
Dalam perniagaan kita perlu tahu kedudukan aktiviti mana yang positif dan negatif. Perlu tahu cara untuk pusing duit dengan cara terbaik agar tidak mejadi negatif. Jika jadi negatif bagaimana cara untuk jadikan positif.
Sediakan unjuran Cash Flow untuk tempoh satu tahun, ianya dapat membantu perniagaan anda untuk bersedia lebih awal untuk menstabilkan kedudukan TUNAI perniagaan anda.
Semoga penerangan ringkas ini dapat membantu usahawan untuk perbaiki CASH FLOW perniagaan