Perkataan-perkataan yang biasa disebut tapi tak faham apakah dia . Bila berbisnes bisnes owner akan perlukan modal untuk jalankan bisnes masing-masing . Modal yang dilaburkan dalam bisnes boleh dibahagi kepada 2 komponen
1. CapEX – (Capital expenditures) Perbelanjaan modal
- Dari prespektif perancangan bisnes – pelaburan pada masa sekarang untuk tujuan menjana nilai masa depan (future value)
- Dari prespektif kewangan – modal adalah kecairan yang boleh digunakan untuk menampung liabiliti jangka pendek bisnes, serta aset fizikal yang dimiliki oleh syarikat. Dimana aset-aset yang dibeli akan menjana pendapatan dalam bisnes untuk jangkamasa akan datang .
Contoh-contoh CapEX adalah termasuk
- Stok Bahan mentah / barang siap yang belum dijual atau hantar ke pelanggan
- Teknologi baru
- Belian asset dan modifikasi sset
- Infrastruktur bangunan atau peralatan/mesin
CapEX yang dilaburkan untuk memperoleh aset baru , aset tambah baik (improved) and aset tambahan bagi mengembangkan bisnes (business expansion) untuk menghasilkan produk baru dan tingkatkan kecekapan (efficiency) supaya dapat menambah besar nilai bisnes yang sedia ada. CapEX dilihat sebagai satu pelaburan dalam syarikat untuk menghasil dan meningkatkan keuntungan syarikat sepanjang berada dalam bisnes.
2. OpEX – (Operating expenses) Perbelanjaan operasi
Perbelanjaan operasi adalah perbelanjaan harian syarikat untuk memastikan bisnesnya beroperasi untuk tempoh jangka masa pendek (setahun) .
OpEX ada 2 pecahan
- Kos barang dijual – segala kos untuk menghasilkan produk/servis
- Kos Belian
- Kos Pembungkusan
- Kos Penghantaran
- Kos Buruh (Labour)
- Belanja Operasi
- Belanja Staff
- Fee/Elaun/Gaji Director
- Gaji /Upah/Bonus/Elaun/Overtime
- Caruman KWSP/Perkeso/HRDCorp
- Training/Medical/Refreshment
- Recruitment
- Reward/Retreat
- Belanja Pentadbiran Pejabat
- Sewa pejabat & Utilities
- Fi Akaun/Cukai/Audit/Company Secretary
- Tuntutan perjalanan (Petrol/Mileage/Parking /Penginapan/ Makan)
- Sewa Peralatan pejabat (Mesin photostat/ machine penapis air)
- Maintenance pejabat dan aset
- Alat tulis / kertas
- Lesen / Permit
- Langganan sistem
- Bank Charges/Mercahnt Fee
- Interest loan
- Belanja pemasaran
- Iklan Marketing
- Banner/Bunting/Flyers
- Komisen /reward agen
- Gift/Sponsorship
- Belanja Cukai (Sdn Bhd/PLT/Bhd)
- Belanja Staff
OpEX sebenarnya adalah belanja dan kos hari-hari dalam menjalankan bisnes ini termasuklah belanja pentadbiran pejabat , kos untuk hasilan produk/servis , belanja untuk menjual produk yang diperlukan untuk menghasilkan jualan dan untung. Secara mudah faham OpEX adalah segala aktiviti harian yang perlu untuk bisnes buat produk/servis, jual produk/servis dan hasilkan jualan yang direkodkan dalam penyata untung rugi .
Apakah perbezaan antara perbelanjaan modal (CapEx) dan perbelanjaan operasi (OpEx)?
CapEx adalah perbelanjaan yang sering menghasilkan manfaat jangka panjang kepada syarikat. Aset CapEx selalunya mempunyai hayat berguna lebih daripada satu tahun. OpEx adalah perbelanjaan yang sering mempunyai faedah jangka pendek. OpEx biasanya dikelaskan sebagai belanja yang akan memberi manfaat kepada syarikat dalam tempoh 12 bulan akan datang tetapi tidak melebihi itu.
Ringkasan CapEx dan OpEX
Perbelanjaan modal (CapEx) adalah perbelanjaan jangka panjang utama syarikat, manakala perbelanjaan operasi (OpEx) adalah perbelanjaan harian syarikat.
Item-item OpEx sering mempunyai hayat berguna selama satu tahun atau kurang, manakala CapEx cenderung untuk membayar faedah kepada syarikat lebih lama daripada satu tahun.
Perbelanjaan modal (CapEx) tidak boleh ditolak daripada pendapatan untuk tujuan cukai, tetapi perbelanjaan operasi boleh (OpEx)
Dari Pena Digital
Faridah Hanif Francis
3 comments
Radzafilrose B Abd Razak
Report P&L
Radzafilrose B Abd Razak
Learn about this package
Faridah Hanif
Assalamualaikum
Apologies for the late reply
I will contact you soon
TQ
Comments are closed.