APA TUJUAN BELANJA STAFF?

Masa saya kerja dulu like 11 years ago di sebuah public listed company dengan pekerja ramai ( seribu lebih kot tak ingat pula tapi ramailah) company takde buat makan-makan untuk semua staff

Majikan create new working environment macam quarterly boleh buat carboot sales 2 jam waktu lunch . Staff boleh buka carboot jual apa-apa je , staff juga boleh datang shopping . Saya adalah jadi seller jual kurma , air jus bottle – walaupun 2 jam je saya dpt sales , happy , enjoy

Pastu majikan juga sediakan tempat untuk beriadah sebelah office (syarikat beli bangunan sebelah utk buat rekreasi) untuk main badminton , ping pong etc

Musim buah staff semua dapat makan buah durian , rambutan , manggis macam-macam ada semua untuk staff

Pastu kadang-kadang ada womens day semua wanita dapat chocolate and balloons . Tengok occasion nak bagi staff happy masuk office penuh balloon pastu ada hadiah kecil-kecil macam gula-gula ke chocolate ke. ( masa ni saya dah tak kerja kat situ dah)

Kat office anda ada tak slide , kat office lama saya ada slide tapi saya ke tak sempat naik sebab dah resign . Tapi bestlah ada slide untuk enjoy the work place

Lagi satu kalau raya setiap department akan buat open house department setiap department akan invite department lain untuk makan-makan , ziarah department dalam office . Dapat kenal semua orang dalam syarikat

Ada juga syarikat buat annual dinner , family day , divisional retreat semua staff boleh join

Nie semua adalah menggunakan duit syarikat

Saya dulu ada seorang lady boss selaluningatkan saya “kerja itu ibadah” , boss saya nie boleh dikatakan sebulan sekali or setiap minggu (jumaat boasanya) akan buat makan-makan dari breakfast hingga lunch . Kadang-kadang team buat potluck makan-makan , tapi lady boss nie akan bawa the main Item. ( How i miss thise old days)

Ini guna duit boss (takleh claim dengan syarikat) dan duit staff sendiri (potluck tu ya or sometime buat collection makan terutama staff lelaki ni bagi duit je)

Bila dapat boss macam nie kita happy dan environment happy . Pada saya ini salah satu cara boss appreciate staff dan team.

Ini cerita syarikat besar ramai pekerja

Jika syarikat SME micro dan makro ada juga yang bagi staff makan-makan , retreat staff , reward staff guna duit bisnes . Bukan semua bisnes SME ada sebahagian yang buat.

Ada juga buat family day, annual dinner , holiday. Duit dibelanja ni adalah untuk semua staff

Ini create environment tempat kerja yang baik

Soalan yang nak tanya belanja staff nie untuk tujuan apa ? Nak happykan staff or nak kurangkan cukai kena bayar? Or both?

Tetapi macam mana nak reward staff setiap tahun nak bagi increment dan bonus banyak mana?

Nak bagi semua staff increment yang sama , bonus yang sama? Ada staff yang bagus dan ada sebaliknya bagaimana nak reward mereka?

Masa kerja dulu tu setiap tahun ada performance management system (PMS) dan Key performace indicator (KPI ) base on performance yang mana bagus dan terbaik dapat increment lebih atau bonus lebih dari staff yang perform biasa-biasa.

Bagi SME ni bukan semua syarikat buat PMS dan KPI dan reward staff ikut performance staff. Ada juga yang bagi bonus sama untuk semua staff yang biasa RM500 (walaupun tak perform pun dapat juga) . Increment pun flat RM 50 setahun , RM100 setahun . Bukan semua SME ya….

Ini perkongsian saya berdasarkan pengalaman saya sendiri . Jika syarikat ada sistem KPI dan PMS , healthy working environment , staff happy , majikan happy
Staff pun akan stay lama dengan syarikat. tapi staff yang bagus nie satu hari akan resign jugalah …. Atas sebab-sebab tersendiri dan takde jodoh dengan syarikat .(macam saya hehe)

Staff dan team adalah PEOPLE dalam syarikat
Dalam bisnes PEOPLE PROCESS SYSTEM penting. PEOPLE sangat penting jaga PEOPLE beri guidance , training , reward kalau ada

masalah tegur dan beri nasihat adalah proses-prosesnya. PEOPLE are ASSET in a company . Make PEOPLE HAPPY …. ALLAH will make you happy

PEOPLE = STAFF

Image form internet

jadi buatlah budget berapa allocation untuk belanja staff setahun , berapa increment setahun dan bonus (jika capai KPI)

Sedikit perkongsian dari pengalaman masa silam dan kini (sebagai majikan) . semoga memberi manfaat .

Dari Pena Digital
Faridah Hanif Francis

Leave the first comment