BAGAIMANAKAH 3 PENYATA KEWANGAN BERKAIT ANTARA SATU SAMA LAIN ?

The mechanism

Maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan sebuah organisasi adalah asas perakaunan korporat.  Data-data ini di kaji semula oleh pelabur-pelabur dan pemberi-pemberi pinjaman untuk tujuan menaksir paras kestabilan kewangan syarikat tersebut.

3 Penyata Kewangan

  1. Kunci Kira-Kira (Balance Sheet)
  2. Penyata Untung Rugi (Profit and Loss Statement)
  3. Penyata Aliran Tunai (Cashflow Statement)

Data yang terdapat dalam kunci kira-kira (balance sheet), penyata untung rugi (income statement) dan penyata aliran tunai (cashflow statement)  di gunakan untuk mengira nisbah-nisbah kewangan untuk mengetahui bagaimana kewangan syarikat itu diuruskan, dan membantu untuk mengawal isu-isu kewangan syarikat dengan baik.

Pelabur-pelabur boleh membuat keputusan pelaburan yang jelas berdasarkan data-data yang diberi oleh syarikat dalam penyata  kewangan yang disediakan pada setiap tempoh perakaunan.  Kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata aliran tunai memberi informasi berlainan berkenaan posisi kewangan (kesihatan kewangan) sebuah syarikat, tetapi asas perakaunannya saling berkaitan.

  1. Kunci kira-kira

Juga di kenali sebagai penyata posisi kewangan , kunci kira-kira syarikat memberi informasi NILAI syarikat (Company worth).

Kunci kira-kira  melaporkan jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemegang saham pada masa yang di tetapkan, dan ia mengikut formula perakaunan iaitu

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMEGANG SAHAM

Aset syarikat hanya boleh diperolehi dari ekuiti pemegang saham atau melalui liabiliti, seperti pinjaman bank atau kredit, di mana kunci kira-kira menunjukan kaitan terus dengan transaksi-transaksi ini.

Kunci kira-kira memberi gambaran ringkas akaun syarikat di akhir tempoh perakaunannya.  Kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian dipindahkan terus ke dalam kunci kira-kira dari penyata untung rugi syarikat.

  1. Penyata Untung Rugi

Penyata untung rugi syarikat melaporkan paras pendapatan yang diperolehi oleh sebuah syarikat dalam tempoh masa yang di tetapkan, dan juga perbelanjaan yang berkait terus dengan pendapatan yang diperolehi.

Kiraan untung rugi syarikat bermula dengan menyenaraikan pendapatan kasar dari jualan produk atau servis, kemudian menolak jumlah wang yang di jangka tidak dapat di kutip dari jualan tertentu di sebabkan oleh pemulangan atau diskaun jualan.  Bakinya adalah pendapatan bersih syarikat.

Perbelanjaan yang berkait dengan kos penjualan ditolak dari pendapatan bersih ini untuk mendapat   keuntungan kasar.  Perbelanjaan operasi pula ditolak dari keuntungan kasar, dan memberi keuntungan operasi sebelum perbelajaan faedah dan cukai pendapatan.  Keuntungan atau kerugian bersih di tentukan selepas menolak perbelanjaan faedah dan cukai.

Sebarang kenaikan atau penurunan aset di sebabkan oleh keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi dipindahkan ke dalam kunci kira-kira, dan jumlah keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi juga di masukkan dalam penyata aliran tunai sebagai aliran tunai dari operasi.

UNTUNG KASAR =  JUALAN – KOS JUALAN



UNTUNG BERSIH =  UNTUNG KASAR – PERBELANJAAN OPERASI



  1. PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai melaporkan semua aliran kemasukan dan aliran keluaran tunai dalam satu tempoh perakaunan.  Penyata kewangan ini menunjukkan kenaikan atau penurunan jumlah bersih tunai yang ada untuk satu tempoh perakaunan.  Penyata aliran tunai ini dipecahkan kepada beberapa aktiviti, iaitu  aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan (financing).

Informasi dalam penyata aliran tunai ini menjelaskan perubahan yang di laporkan dalam kunci kira-kira, dan juga menjelaskan perubahan paras transaksi keuntungan atau kerugian yang di laporkan dalam penyata untung rugi.

DUIT MASUK – DUIT KELUAR = BAKI TUNAI

Kesimpulannya penyata kewangan adalah penting untuk ketahui kesihatan kewangan perniagaan anda

Berikut ada rajah menunjukan kaitan 3 penyata kewangan

3-penyata-kewangan-picture

Kredit kepada Investopedia, March 18 2015
Diterjemah oleh : Sharifah Rolan Syed Hitam
Gambar “Do you having a missing link or two ” adalah dari website In-Context Finance

Leave the first comment