Sering kita dengar citer jangan beli aset secara cash terutama rumah , bangunan atau kereta nanti LHDN cari . LHDN nanti akan tanya pastu di caj cukai lagi
Salah seorang kenalan kami tanya soalan yang sama juga kalau bisnes ada duit cash boleh ke nak beli aset secara cash tak kena cukai ke?
Ini satu contoh syarikat yang umumkan nak beli aset secara cash RM62 juta tu …. Adakah syarikat akan kena cukai bila beli aset ni? Ada kena bayar cukai stem je (stamp duty untuk sale and purchase je) bukan cukai pendapatan.
Syarikat yang konsisten buat akaun , declare cukai , declare annual return serta patuh kepada akta syarikat 2016 , akta cukai , akta buruh dan apa jua akta (compliance ) boleh je beli aset secara cash. Sebab semua bayaran berkaitan dengan pematuhan telah dijelaskan dan syarikat ada cash reserve yang banyak . Nak tahu cash ni banyak boleh tengok dalam balance sheet . Cash yang ada adalah lebih dari hutang- hutang yang perlu dibayar kepada supplier , bank (jika ada loan)
Balance sheet akan bongkarkan rahsia kewangan bisnes sihat atau tidak . Lagi satu laporan yang penting adalan Cashflow Statement . Cashflow statement akan bongkarkan rahsia bagaimana cash syarikat digunakan . Cashflow statement ini ada 3 bahagian iaitu OPERATION, INVESTMENT dan FINANCING. beli aset jatuh bawah INVESTMENT dimana investment ini akan ada pulangan dimasa akan datang . Berapa lama nak dapat balik jumlah investment ni kenalah buat kira-kira ROI cashflow. Maka tidak ada isu kalau nak beli aset secara cash takde kena cukai pendaptan pun .
Mana syarikat dapat duit yang banyak ni? Syarikat akan monitor cashflow setiap hari , buat casflow forecast , ada lebihan cash asingkan ke akaun cash reserve . Syarikat mungkin telah buat perancangan dalam masa 10 tahun nak beli , syarikat dah tahu dah berapa jumlah duit yang diperlukan maka syarikat buat financial planning untuk 10 tahun dan monitor performance financial dengan actual result . Bila buat analisa ini secara konsisten ianya akan bantu pihak management untuk buat keputusan yang berkualiti , cepat dan betul.
Financial planning ini juga ada menerangkan jika syarikat beli aset ini bagaimana boleh jana lebih jualan, cash dan untung . PLAN , ORGANISE , MONITOR , CONTROL penting dalam pengurusan kewangan syarikat
Semoga perkongsian ini dapat membantu bisnes owner dalam membuat Financial Planning untuk bisnes anda
Faridah Hanif – Financial Butler for Enterprenuers