
Setiap individu bekerja atau berniaga satu hari akan pencen, betul ke akan pencen ??? Kalau uyang bekerja makan gaji sudah tentu akan pencen , bagi yang berniaga sampai bila nak berniaga ? Ada satu kisah dimana individu ni berniaga dalam bidang pembuatan dan proses bahan asas masakan yang dihasilkan secara manual , umur beliau dah 75 sekarang dan masih memproses bahan tersebut . Cuba fikirkan adakah anda nak masih beniaga pada usia sebegitu, bayangkan wajah ibu dan ayah kita pada usia tersebut adakah mereka masih mampu dan bertenaga?
Setiap individu perlu fikirkan dan tulis
“SAYA NAK PENCEN PADA USIA 60 TAHUN”
“SAYA NAK ADA SIMPANAN HARI TUA SEBANYAK RM 2,000,000 PADA USIA 60 TAHUN”
“SAYA NAK KESIHATAN YANG SIHAT , BERAT BADAN 60KG , NAK BERSENAM SEMINGGU 1 KALI , BACAAN GULA NORMAL, BACAAN DARAH TINGGI NORMAL …….”
“SAYA NAK BAWA ISTERI DAN ANAK BERCUTI 2 KALI SETAHUN KE LUAR NEGARA DAN DALAM NEGARA”
buat senarai apa yang hendak dicapai dan tandatangan aku janji
Simpanan hari tua ni bukan sahaja di KWSP , simpanan ASB , Tabung Haji , Duit Simpanan dalam bank jumlah semua itulah simpanan hari tua . Simpanan ni boleh juga dalam bentuk emas .
Mungkin ada yang terfikir macam mana nak capai simpanan RM2,000,000. Buat pengiraan bagaimana nak capai jumlah tersebut dari sekarang berapa perlu diketepikan setiap bulan dan adjust ikut kemampuan. Penting perlu buat rancangan sebulan berapa jumlah pendapatan dan belanja sebulan
Boleh rujuk sedikit panduan
https://jomurusduit.com/2016/12/5-formula-urus-duit-gaji.html
Setiap individu perlu buat rancangan bila nak pencen (exit plan) dan berapa simpanan diperlukan serta bagaimana nak uruskan simpanan hari tua ni ada pada usia tua boleh dapat belanja untuk sara diri pada usia tua
Saya banyak belajar dari ibu saya, beliau tidak bekerja dan kini setiap bulan beliau ada pasif income tanpa perlu bekerja atau berniaga
Faridah Hanif Francis