KITA BERBEZA

Salam menjalankan sesuatu perniagaan, kita mesti ingat satu rule yang penting; kita dan business kita adalah entiti berbeza.

Entiti berbeza di sini bermaksud,

Duit saya, saya punya..

Duit business, business yang punya.

 

How to Separate Personal and Business Finances

gambar source dari internet google

Jadi jangan sesekali selop duit laci business bila kita perlukan duit dan jangan sesekali tambah duit dalam business tanpa recordkannya sebagai equity atau liability pada business anda. Record sebagai ekuiti sebab consider duit yang kita letak tadi itu adalah sebagai investment (so we expect some return) dan boleh juga letakkan sebagai liability (tanggungan) sebab business kene bayar balik duit kita.

Salah satu kesilapan yang paling ketara adalah tidak set awal-awal gaji kita. Set aside awal-awal gaji kita dari titik peluh kita dalam menjalankan business. Berapa nak set tu, kita cerita sesi lain. Bukan ambik semua keuntungan bersih sebagai hak milik kita.

Ni pun kalau sempat, silap-silap dari gross profit (untung kasar= jualan – direct cost/cost of goods sold) lagi dah songlap. Ini salah, sebab dengan cara ini business kita tidak akan berkembang.

Berbisineslah secara berhemah, sebab anda berbusiness bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk legasi anda di masa akan datang.

penulis asal
#notakam, Strategi Perniagaan,12 April 2016

 

https://kewanganbisnes.wordpress.com/2016/01/19/9-tips-untuk-asingkan-kewangan-peribadi-dan-bisnes/

Leave the first comment